Jemaah Menteri Kabinet PN rakam foto kenangan

Jemaah Menteri Kabinet PN rakam foto kenangan

Barisan jemaah Menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) sempat merakamkan gambar kenangan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Unit Fotografi, Jabatan Penerangan dalam hantaran terbaharu di laman Facebook berkongsi gambar tersebut yang antaranya memaparkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Gambar tersebut dirakamkan sebelum seluruh anggota Kabinet mempersembahkan peletakan jawatan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Perkongsian itu mendapat lebih 500 tanda suka dan dikongsi lebih 120 kali dengan kebanyakan pengguna media sosial tersebut mengucapkan terima kasih kepada barisan anggota Kabinet sepanjang tempoh pentadbiran mereka.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan semua Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri atas jasa dan bakti kepada bangsa dan negara selama berada di dalam Kabinet,” komen Abdul Muizz Awang Marusin.

“Tidak pernah berkata buruk kepada rakyat, segala kepincangan yg berlaku Tan Sri tidak pernah sebut kerajaan dahulu. Perkhidmatan dia diasak gelombang pandemik dan politik main tarik tali,” ujar Asmani Sufi.

“Terima kasih semua semoga Allah permudahkan urusan hidup seterusnya,” ujar Samsiah Husin. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Jemaah Menteri Kabinet PN rakam foto kenangan

Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker