Muhyiddin Tawar Luluskan Sesuatu Yang Dah Lama Lulus

Oleh Nurul Aisyah

JENAKA terbaru dari Muhyiddin Yassin kali ini benar-benar menyakitkan hati rakyat. Dalam usaha untuk mengekalkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin dikatakan membuat tawaran berkenaan perkara yang telah diluluskan di Parlimen. Beliau tawarkan untuk melaksanakan undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan kononnya mengambil masa.

Pada 16 Julai 2019, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.



Ini bermakna tawaran yang dibuat kerajaan PN adalah untuk meluluskan Undi18 yang sebenarnya sudahpun diluluskan dengan majoriti 2/3 parlimen dan sepatutnya sudah dilaksanakan.

Pelaksanaan UNDi 18 sepatutnya telah lama dibuat sekiranya mengikut undang-undang dan perlembagaan persekutuan – iaitu kuasa parlimen lebih besar berbanding Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Namun kenyataan Muhyiddin seolah-olah menyatakan bahawa kuasa beliau lebih besar berbanding parlimen dan perlembagaan.

Memetik artikel Sinar Harian, Pada 25 Mac 2021, pelaksanaan Undi 18 seolah-olah cuba dilengahkan apabila kerajaan PN menyatakan Pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan.



Dan seperti biasa, mereka menggunakan alasan Covid bagi menghalalkan tindakan mereka.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata pihaknya harus bersikap realistik dengan perkembangan dan situasi semasa negara ketika ini yang secara umumnya masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Secara tidak langsung, katanya, situasi sedemikian menjejaskan perancangan dan persiapan SPR menjayakan pendaftaran pemilih automatik serta undi 18, yang sebelum ini sepatutnya dijangka dilaksanakan Julai depan. Kini boleh pula, Muhyiddin tawarkan untuk melaksanakan Undi 18.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti dari sayap pemuda termasuk Pemuda UMNO, MCA, PKR, Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) dan Pemuda DAP menuntut kerajaan menyatakan pendirian mengenai status undi 18 tahun.



Rekod terkini SPR, jumlah warganegara berumur 18 tahun dan ke atas ialah seramai 5.6 juta orang dan 1.2 juta daripadanya berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Individu berusia 21 tahun dan ke atas yang layak mengundi tetapi belum membuat pendaftaran sebagai pemilih pula seramai 4.4 juta orang.

Isu undi 18 ini turut disuarakan Datuk Seri Najib dalam Facebook beliau

Antara tawaran yang dibuat kerajaan PN semalam ialah untuk meluluskan Undi18 yang sebenarnya sudahpun diluluskan dengan majoriti 2/3 parlimen dan sepatutnya sudah dilaksanakan.



Ya, dia tawar untuk luluskan sesuatu yang sebenarnya dah lama lulus dan dah lama patut dibuat sekiranya mahu ikut undang-undang dan perlembagaan persekutuan – iaitu kuasa parlimen lebih besar berbanding Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Tapi PM8 fikir kuasa dia lebih besar berbanding parlimen dan perlembagaan.

 

Ramai pihak memberi pandangan yang Muhyiddin Yassin tidak layak menjadi Perdana Menteri. Jawatan TPM lebih sesuai dengan beliau memandangkan Muhyiddin tidak mempunyai ciri-ciri seorang PM.  Tindakan beliau yang tidak bersasar dan gagal dalam segala segi kini mengesahkan tanggapan ramai pihak sebelum ini.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker