‘Nak hidup atau mati’ – Anggota TUDM sebelum tembak

‘Nak hidup atau mati’ – Anggota TUDM sebelum tembak

Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menembak tiga rakan setugasnya di kem Kota Samarahan, Kuching, Sarawak, dikatakan sedang menjalani kuarantin Covid-19.

Difahamkan, suspek yang sebelum ini pernah bertugas di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang, tidak menghadapi masalah pergaulan dengan rakan setugas.



Berita Harian melaporkan, menurut sumber sebelum menembak rakannya suspek berkata “nak hidup atau mati” kepada anggota yang menegurnya, ketika itu berada di balai pengawal.

Terdahulu, dalam kejadian pada 7.15 pagi itu, suspek berpangkat koperal pergi ke balai pengawal kem berkenaan dengan menaiki motosikal.

Ketika itu, lima anggota iaitu tiga berpangkat koperal dan dua laskar udara berada di balai pengawal berkenaan.

Suspek kemudian meluru ke dalam balai pengawal dan terus mencapai senjata jenis Colt M4 Carbine.



“Salah seorang anggota sempat menegurnya namun suspek bertanya, ‘nak hidup atau mati’,” kata sumber itu.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Melihat tindakan suspek yang mengejutkan itu, seorang daripada anggota berpangkat koperal cuba menenangkannya, namun suspek terus melepaskan tembakan ke arah perut mangsa.



Anggota lain yang menyaksikan kejadian itu cuba menyelamatkan diri, namun suspek terus melepaskan tembakan yang terkena dua lagi mangsa.

Dua mangsa yang masing-masing cedera di bahagian belakang dan dada meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi yang cedera di perut disahkan meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan, manakala suspek pula meninggal dunia selepas menembak dirinya sendiri.

Mayat anggota terbabit dihantar ke Unit Forensik, Hospital Umum Sarawak di Kuching, untuk tindakan lanjut. FMT



‘Nak hidup atau mati’ – Anggota TUDM sebelum tembak

Azlee : Jangan malu jual buah macam saya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker