Catat 360 Kematian dalam Sehari Dan 85 BID : Sah Kerajaan Gagal
Kematian harian mangsa Covid kini mencatat rekod tertinggi apabila mencecah 360 orang dan 85 dari mangsa nya ada lah Bought In Dead ( tiba sebagai jenazah).
Apa2 yang terjadi hari ini adalah atas apa yang kita lakukan beberapa minggu lalu.
Persoalan nya, kita bukan menghadapi COVID semalam atau bulan lepas, tetapi sudah hampir dua tahun.
Malaysia memberi sumbangan statistik yang tinggi kepada penjumlahan mangsa Covid jika saiz penduduk negara ini di ambil kira.
Menurut laporan , Malaysia berada di tangga ke 7 dunia dalam senarai mangsa Covid.(rujuk graph di lampir).
Kita boleh faham jika Indonesia menjadi negara top , dalam jumlah Covid ini kerana penduduk nya sekitar 272 juta penduduk , dan mereka memiliki ribuan pulau yang sukar untuk dipantau.
Malaysia hanya sekitar 32 juta penduduk sahaja tapi menjadi penyumbang tetinggi diatas negara negara Amerika Selatan dan negara2 lain.
Jelas kita gagal berulang kali, jelas langkah langkah kita ambil telah gagal.
Laporan harian Covid juga menakutkan , dari ratusan dan ribuan bertukar menjadi puluh ribu.
Dimana silap kita?
Pasti nya ini membuktikan “failure on government side” untuk mengatasi masalah Covid.
Rakyat akan faham jika masalah ini masalah baru, tetapi ia sudah belarutan kian lama , hampir dua tahun.
Berbulan bulan rakyat beku duduk di rumah.
Jika kerajaan tidak mampu menangani masalah Covid sahaja tidak apa juga, tetapi kerajaan juga telah gagal dalam sektor ekonomi dan lain lain juga.
Undur lah jika tidak tahu cara urus negara, ini bukan seruan politik, tapi atas kepentingan rakyat dan demi rakyat.
You must be logged in to post a comment.