Tony Pua kata golongan ‘kleptokrat’ akan kembali dapat kuasa jika PN jatuh
Tindakan menggulingkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan besar akan berpihak atau memberi manfaat kepada UMNO.
Jelas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menerusi perkongsian di Facebook, ini kerana UMNO telah meletakkan kedudukan mereka untuk mengambil alih jawatan tersebut jika Muhyiddin meletakkan jawatan.
“Tidakkah sekiranya nanti beliau (Muhyiddin) mengundurkan diri atau meletakkan jawatan sebagai PM, UMNO dilihat lebih mudah dalam mengatur kedudukan untuk mereka menerajui jawatan PM?
“Sekiranya, mana-mana pemimpin UMNO menjadi PM, tidakkah semua kleptokrat akan dibebaskan (atau mungkin juga memperoleh kembali kuasa)?
“Masa depan negara tergantung pada keseimbangan. Apa yang berlaku dalam beberapa minggu akan datang boleh membawa kesan yang besar untuk tahun-tahun yang akan datang.
“Masa untuk berfikir panjang dan berfikir betul-betul,” jelas Pua yang mempersoalkan antara dilema yang mungkin berlaku sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tidak lagi mendapat sokongan majoriti.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Damansara itu mempersoalkan seandainya golongan kluster mahkamah di dalam kalangan UMNO itu kembali mendapat kuasa, mereka akan lebih berpengaruh dan berkuasa menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.
“Dan jika UMNO kembali menjadi pemimpin di Kerajaan, anda pasti boleh menjangkakan mereka ini akan lebih dapat mengukuhkan kekuatan politik mereka untuk muncul lebih kuat lagi selepas PRU akan datang.
“Atau mungkin kita boleh berfikir selangkah ke hadapan untuk menghentikan golongan kleptokrat ini daripada terlepas?
“Serta mungkin lebih teruk lagi jika mereka ini kembali mendapat kawalan dan kuasa politik, walaupun itu bermaksud mereka perlu kekal bertoleransi dengan PN. Itu mungkin boleh menjadi strategi menjadi buat UMNO, sementara Pakatan Harapan dan rakyat dapat menyingkirkan Muhyiddin dan Azmin untuk PRU seterusnya,” jelas Pua.
Suhu politik negara kembali membuak-buak apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan menggesa supaya Muhyiddin meletakkan jawatan atas kerana tidak lagi memperoleh majoriti.
Namun semalam, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Bersatu mendedahkan, terdapat beberapa pihak yang cuba menangguk di air keruh, dan cuba mengambil kesempatan dengan mencetuskan kemelut politik.
Perdana Menteri berkata, pihak berkenaan juga tidak senang hati apabila beliau tegas tidak melayan beberapa tuntutan mereka, termasuk mencampuri urusan mahkamah.
Katanya lagi, beliau juga telah dituduh menderhaka kepada Institusi Diraja, sedangkan beliau berkata, apa yang dilakukan adalah berlandaskan undang-undang.
Baca Artikel Menarik :
- Desakan campur urusan mahkamah, Muhyiddin perlu buat laporan polis
- Gugurkan kes : Najib jawab dakwaan Muhyiddin
- Earth-shattering day for Muhyiddin
- Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin
- Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul
- Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan
- Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.