Syarat ikhlas di mata Allah agar diterima amalan

Syarat ikhlas di mata Allah agar diterima amalan

Pernahkah kita bertanya, “Ikhlaskah aku melakukan ibadah ini?” Tentu soalan ini sukar untuk menjawabnya kerana kadang-kadang mulut berkata ikhlas namun jauh di lubuk hati ada perasaan yang kurang menyenangkan. Di ketika itu masihkah lagi dikatakan ikhlas? Lalu bagaimana untuk menjelaskannya?

Ikhlas dalam beramal ibadah dan amalan soleh, adalah seperti kita tidak memanggil sesiapa pun selain Allah untuk menjadi saksi atas segala perbuatan kita.

Allah berfirman dalam Al-Quran surah Yunus: 105

“Dan (aku telah diperintah), “Hadapkanlah muka mu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik”.

Manakala dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan,

“Allah tidak menerima amal kecuali apabila dilaksanakan dengan ikhlas untuk mencari reda Allah s.w.t. semata-mata” HR Abu Daud dan Nasa’i

Malah Saidina Ali r.a. juga pernah mengeluarkan pendapatnya,

“Orang yang ikhlas adalah orang yang memusatkan fikirannya agar setiap amal diterima oleh Allah”.

Kendati bersimbah peluh, menghabiskan tenaga dan memeras fikiran kalau tidak ikhlas, sebesar apa pun amalan, sia-sialah ia di mata Allah S.W.T. Maka, sangat-sangat rugilah orang yang banyak amalan ibadahnya dan sedekah berhabis-habisan hanya ingin disebut dermawan dan disebut-sebut manusia namun keikhlasannya tiada

Hakikatnya, arti ikhlas itu boleh diungkapkan dengan meniatkan suatu amalan hanya untuk Allah, tidak mengharap-harap pujian manusia, kesamaan antara sesuatu yang tampak dan yang tersembunyi dan hanya mengharapkan balasan di akhirat.

Sebaiknya kita benar-benar merasa cukuplah hanya Allah saja yang menjadi saksi dengan setiap apa yang dilakukan. Paling penting, jangan sampai timbul di hati kita perasaan riak yang samar, seperti merasa bangga apabila kita sudah berhasil menyembunyikan amal kebaikan kita. Kalau kita seperti itu, maka hancurlah amal kita tidak langsung dilihat oleh Allah S.W.T.

Al Fudhail bin ‘Iyadh mengatakan, “Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya. Beramal kerana manusia termasuk kesyirikan. Sedangkan ikhlas adalah engkau terselamatkan dari dua hal tadi.”

Abu Hazim Salamah bin Dinar juga mengatakan,

“Sembunyikanlah amal kebaikan mu sebagaimana engkau menyembunyikan amal buruk mu”.

Apa pun, yang namanya ikhlas adalah seseorang beramal dengan mengharap segala apa yang ada di sisi Allah, iaitu mengharap syurga dengan segala kenikmatannya (baik bidadari, berbagai buah, sungai di syurga, istana di syurga dan lain-lain), termasuk pula dalam hal ini adalah ingin melihat Allah di akhirat kelak.

Begitu pula yang namanya ikhlas adalah seseorang beribadah karena takut akan seksa neraka. Jika seseorang tidak memiliki harapan untuk meraih syurga dan takut akan neraka, maka semangatnya dalam beramalnya pun jadi lemah.

Namun jika seseorang dalam beramal selalu ingin mengharapkan syurga dan takut akan seksa neraka, maka ia pun akan semakin semangat untuk beramal dan usahanya pun akan ia maksimumkan.

Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al Kahfi: 107-108

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal, mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya.“

“Nabi s.a.w. ketika menceritakan keadaan para malaikat, Baginda bersabda, bahawa Allah Taala berfirman,

“Apa yang para malaikat mohon kepada Ku?” “Mereka memohon kepada Mu syurga.”

“Lihatlah malaikat pun meminta kepada Allah syurga, sedangkan mereka adalah seutama-utamanya wali Allah dan tidak sekali pernah derhaka pada rab-Nya (Tuhan-Nya). Kemudian Rasulullah s.a.w. sendiri dan para salafus soleh dalam berdoa dan beribadah penuh dengan pengharapan dan rasa takut kepada Allah.

Lantaran itu Dzun Nuun menyebutkan tiga tanda ikhlas iaitu, tetap merasa sama dipuji dan dicela orang lain, melupakan amalan kebajikan yang pernah dilakukan dan terakhir mengharap balasan amalan dari Allah di akhirat semata-mata (dan bukan di dunia walaupun sedikit).

Semoga Allah senantiasa menganugerahkan kita keikhlasan dalam beramal, harapan yang kuat untuk meraih surga Nya dan merasa takut akan seksa neraka Nya. Wallahu a’lam utv

Syarat ikhlas di mata Allah agar diterima amalan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker