Gugurkan kes : Najib jawab dakwaan Muhyiddin
Gugurkan kes : Najib jawab dakwaan Muhyiddin
Datuk Seri Najib berkata sekiranya mereka yang mempunyai kes mahkamah semestinya akan cuba berbaik dan memujuk Perdana Menteri untuk menggugurkan kes mereka dan bukannya dengan melawan Perdana Menteri.
Jadi dakwaan Muhyiddin mengenai penarikan sokongan di kalangan ahli parlimen Umno terhadapnya kerana mahu kes digugurkan adalah tidak masuk akal.
Lagi pun sepatutnya Perdana Menteri membuat laporan polis sekiranya ada cubaan memintanya untuk menggugurkan kes mahkamah kerana ia salah dari segi undang-undang.
Berikut adalah kenyataan yang dibuat Datuk Seri Najib :-
Dia kata YDP Agong minta dia buktikan ada sokongan majoriti.
Dia kata YDP Agong titah hanya 8 orang ahli parlimen UMNO yang tarik sokongan terhadap dia.
Ingat. Dia kata 8 sahaja.
Dia kata dia percaya bahawa dia masih ada sokongan majoriti.
Tapi dia berjanji pada YDP Agong akan usulkan undi percaya terhadap dia pada sesi parlimen bulan September.
Kenapa pula bukan sekarang memandangkan kita baru masuk bulan Ogos?
Sebab Covid masih serang parlimen ke? Tapi saya tengok mereka yang kononnya terdedah pada Covid dalam parlimen sudah bebas ke sini dan ke sana – siap meeting tiap-tiap malam di rumah.
Akhirnya dia salahkan dan menipu bahawa mereka yang tarik sokongan terhadap dia adalah mereka yang mahu kes digugurkan sedangkan cara terbaik untuk gugurkan ialah dengan membodek dan bukan melawan dia.
Boleh tanya Xavier, Menteri kanan tak HD, Tok Pa dan lain-lain.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Gugurkan kes : Najib jawab dakwaan Muhyiddin
Baca Artikel Menarik :
- Earth-shattering day for Muhyiddin
- Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin
- Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul
- Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan
- Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best
- Muhyiddin kekal PM, bergabung dengan Pejuang, Warisan?
Layari Laman Facebook MYKMU