Perlu bantu PKS terus bertahan

Perlu bantu PKS terus bertahan. Apa itu PKS? PKS bermaksud Perusahaan Kecil dan Sederhana dimana buat sektor pembuatan, bilangan pekerja tidak melebihi 5 orang (mikro), 5 orang hingga 74 orang (kecil), 75 orang hingga 200 orang (sederhana). Manakala buat sektor perkhidmatan dan sektor lain, bilangan pekerja tidak melebih 5 orang (mikro), 5 orang hingga 29 orang (kecil), dan pekerja 30 hingga 75 (sederhana).

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pada 29 Julai 2020, sumbangan PKS menyumbang 38.9% pada KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar). Tidak lupa juga, PKS telah menggaji seramai 7.3 juta pekerja dan menyumbang 48.4% kepada guna tenaga kerja (hampir separuh datangnya daripada PKS).

Tepat 18 Mac 2020, Perintah Kawalan Pergerakan pertama diadakan di seluruh Malaysia. Seluruh dunia telah dilanda wabak penyakit Covid-19. Satu demi satu perniagaan mula tumbang, antara yang paling cepat terkesan dan paling lambat bangkit ialah perniagaan berkaitan sektor pelancongan dan penerbangan. Malah syarikat gergasi juga tidak terkecuali gulung tikar dengan menyebabkan ramai hilang pedapatan. Kesannya, jumlah golongan M40 menurun dan B40 naik dengan mendadak.

Kerajaan seharusnya membuka kembali semula sektor ekonomi dengan ‘SOP’ yang sangat ketat. Melihat suasana pandemik semasa, semua ekonomi di anggap ‘essential’ memandangkan tidak banyak yang boleh bantu pihak kerajaan. Sekurang-kurangnya mereka boleh bernafas kembali seperti biasa. Apabila ekonomi bertambah rancak, kerajaan akan mendapat kembali pendapatan yang stabil.

Bantuan bakul makanan tidak memberi impak yang besar. Rakyat mahukan jaminan pekerjaan, demi kelangsungan hidup. Pakej-pakej stimulus seperti bantuan wang tunai mesti ditambahkan lagi untuk rakyat yang dibuang kerja atau gaji dipotong, termasuk PKS. Serampang dua mata, bantuan tambahan ini secara langsung dapat mengurangkan kes pengangguran, PKS juga dapat dibantu.

Saya berpandangan bahawa pihak kerajaan boleh mempercepatkan bayaran kepada syarikat-syarikat. Semua jabatan, agensi, GLC (syarikat berkaitan kerajaan), pihak berkuasa tempatan dan mana-mana yang terlibat secara langsung harus mempercepatkan bayaran. Ada yang berbulan-bulan masih tidak dapat bayaran. Setiap bulan syarikat PKS ada komitmen yang perlu dilangsaikan. Ini termasuk bayaran gaji pekerja, bayaran kepada pembekal, bil-bil utiliti, kos menyelenggara kenderaan pengangkutan dan sebagainya. Apabila bayaran dapat dipercepatkan, ianya semestinya sangat membantu untuk melancarkan perjalanan syarikat PKS.

Bagi mereka yang masih mempunyai pendapatan yang stabil dan perniagaan yang masih rancak. Saya menyeru untuk kita sama-sama bantu sektor ekonomi kecil dan sederhana. Bagaimana cara kita boleh bantu? Berbelanjalah di kedai mereka dan menggunakan perkhimatan yang mereka tawarkan. Apabila kita bantu mereka, secara tak langsung kita dapat menggerakkan ekonomi kembali dan lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan.

Selain itu, pihak kerajaan juga harus fokus terhadap mana-mana syarikat PKS yang berdaya maju dan berpotensi jauh untuk dikembangkan, sehingga dapat mengembangkan produk mereka ke luar negara. Selain daripada bantuan modal kewangan, kerajaan juga boleh membantu dari segi bantuan dokumentasi (disini ramai usahawan terkandas kerana kurang pengalaman) dan bantuan pemasaran yang sesuai dengan sesebuah syarikat tersebut.

Syarikat PKS kita terlalu banyak yang berpotensi jauh. Jika tiada bantuan sewajarnya dari kerajaan, tiada sokongan padu daripada masyarakat, pasti kita tidak akan berkembang jauh dan sangat rugi untuk kita pada masa akan datang. Berkembangnya sektor PKS, akhirnya akan mendatangkan kembali manfaat kepada kita semua.

Muhammad Sulhi b Md Nazir
Setiausaha Pemuda
ISMA Iskandar Puteri

Perlu bantu PKS terus bertahan

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mesyuarat MKT UMNO, jangan rakam dan sebar

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker