Sampel positif Covid-19 Varian Delta dikesan berlaku di Parlimen

Sampel positif Covid-19 Varian Delta dikesan berlaku di Parlimen

Sebanyak empat kes Covid-19 yang dilaporkan di Parlimen pada 29 Julai lalu disyaki akibat varian Delta atau Kappa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, empat sampel yang diambil daripada individu dijangkiti virus tersebut telah diserahkan kepada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) hari ini.



“IMR menerima empat sampel bagi menjalani genome sequencing di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh.

“Empat sampel tersebut adalah daripada kes positif di Parlimen yang dikesan pada 29 Julai lalu, yang mana ujian pengesanan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) menunjukkan hasil positif dengan nilai CT rendah,” ciapnya di Twitter hari ini. – K! ONLINE

Sampel positif Covid-19 Varian Delta dikesan berlaku di Parlimen




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki Britain tikam sembilan ekor kucing



Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker