Langkah biadap Speaker pada Sultan dan Agama Islam Disokong Adun DAP Selangor!

Langkah speaker Selangor menghalang pindaan Enekmen berkaitan dengan Islam adalah sebenarnya menunjukkan wajah sebenar DAP yang sememangnya tidak menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan. malah mereka bukan tidak mengetahui bahawa perkara berkaitan dengan Islam adalah dibawah kuasa dan perkenan Sultan Selangor.

Tindakan Speaker DAP berkenaan bukanlah satu langkah peribadi kerana semua Adun DAP Selangor menyatakan sakongan pada kepada Speaker malah telah berikrar akan menghalang kerana terdapat ura – ura bahawa Ng bakal disingkirkan. Berikut adalah laporan daripada portal pro pembangkang yang kini kerajaan turut mengesahkan perkara tersebut.

Adun DAP ikrar halang cubaan singkir speaker S’gor

Wakil rakyat DAP berikrar akan mempertahankan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim yang didakwa cuba disingkirkan, dengan menyifatkan beliau menjalankan tugas dengan baik.



Ng disifatkan mempertaruhkan kedudukannya untuk berpegang pada prinsip apabila menangguhkan persidangan sebelum rang undang-undang penukaran agama kepada Islam secara sepihak dibentangkan.

“Speaker membuat langkah yang berani.

“Ini kerana dia tahu rang undang-undang itu boleh menyebabkan kekacauan, jadi dia mengorbankan dirinya dan mengambil risiko untuk memastikan rang undang-undang itu tidak dibentangkan,” kata sumber yang enggan namanya didedahkan kepada Malaysiakini.
Iklan

Sumber berkata, Ng menggunakan “cara bijak dan sah” untuk menghalang rang undang-undang itu dibentangkan.



“Adun DAP akan mempertahankan dia (Ng), kerana dia bertindak demi kepentingan masyarakat dan semua kumpulan etnik.

“Kita boleh kata dia tidak mementingkan diri sendiri. Dia tahu perbuatannya boleh menyebabkan menteri besar (Amirudin Shari) kurang senang, tetapi dia berani untuk meneruskannya,” katanya.

Pemimpin DAP Selangor yang lain, seperti timbalan pengerusinya, Ean Yong Hian Wah dan naib ketuanya, V Ganabathirau, enggan mengulas.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa menteri besar Selangor cuba menggesa pindaan kepada enakmen negeri terhadap penukaran agama kanak-kanak di bawah umur.



Ketika ini, enakmen itu menyatakan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran “ibu dan bapa” sebelum memeluk Islam. Pindaan itu bagi mengubahnya kepada “ibu atau bapa”.

Rang undang-undang berkenaan dikatakan mendapat sokongan istana atas saranan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Ng dikatakan enggan menandatangani dokumen yang akan membenarkan rang undang-undang pindaan enakmen itu dibentangkan dan menangguhkan persidangan.

Malaysiakini diberitahu bahawa sehari selepas itu, Amirudin mengadakan mesyuarat dengan semua Adun PKR dan seorang wakil rakyat Bersatu yang beragama Islam.



Salah satu agenda mesyuarat itu dikatakan adalah cadangan penyingkiran Ng sebagai speaker dewan.

Mengikut perlembagaan negeri, tidak ada klausa untuk menentukan dengan jelas bagaimana speaker dapat disingkirkan secara sah.

Fasal (2) Seksyen 71 perlembagaan hanya menyenaraikan empat syarat di mana speaker boleh meletakkan jawatan dan mengosongkan jawatannya, iaitu: Ketika dewan legislatif pertama kali bersidang setelah pilihan raya umum; Apabila dia berhenti menjadi anggota dewan; Apabila dibatalkan kelayakan di bawah Fasal (3A) di mana speaker terlibat dalam menggunakan jawatan untuk meraih keuntungan, korporat atau perniagaan; Sekiranya diputuskan oleh dewan. Dalam situasi ini, sesuatu usul dapat diluluskan dengan sokongan sekurang-kurangnya separuh daripada wakil rakyat untuk menyingkirkan speaker.

Sumber DAP juga mengatakan bahawa pihak yang ingin menyingkirkan Ng sebagai speaker tidak dapat sokongan myang mencukupi.



Bagaimanapun, dua anggota PKR iaitu Juwairiya Zulkifli (Bukit Melawati) dan Azmizam Zaman Huri (Pelabuhan Klang) menafikan sebarang cubaan untuk menyingkirkan Ng.

Malaysiakini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker