Langgar SOP di kebun durian, wakil rakyat dipanggil mengadap
Langgar SOP di kebun durian, wakil rakyat dipanggil mengadap. Polis memanggil 15 individu termasuk seorang wakil rakyat bagi membantu siasatan berhubung klip video sekumpulan individu didakwa gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan di sebuah kebun durian, di sini Ahad lepas yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata, wakil rakyat berkenaan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada jam 3 petang, Khamis lepas.
“Polis selesai merakam keterangan kesemua 15 individu berkenaan dan akan melengkapkan siasatan serta merujuk kes itu kepada Pejabat Pendakwa Raya.
“Kes akan disiasat mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Baru-baru ni, tular satu video berdurasi 13 saat menunjukkan sekumpulan individu termasuk wakil rakyat berkenaan di sebuah kebun durian.
Langgar SOP di kebun durian, wakil rakyat dipanggil mengadap
Baca Artikel Menarik :
- Pertemuan misteri di Jalan Bellamy semalam
- Kenapa perlu bantu yang masih bergaji – Rafidah
- Polis Buru Doktor Palsu Suntik 812 Orang Guna Air
- Uyaina dikecam pakaian macam rahib
- Resepi Terung Goreng Kicap Bercili
Layari Laman Facebook MYKMU