Bendera hitam ‘berkibar’ di media sosial
Bendera hitam ‘berkibar’ di media sosial. Pagar baharu, #benderahitam, menjadi trend di media sosial sejak petang tadi, menuntut Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur, dan menyeru agar Parlimen dibuka kembali serta darurat ditamatkan.
Ciapan emoji bendera hitam oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, tanda sokongannya terhadap gerakan itu, diulang kicau lebih 6,000 kali, setakat 7.30 malam tadi.
Sementara itu, menurut pengasas bersama MUDA, Amir Abd Hadi, bendera hitam dilihat berkibar di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang.
“Jangan takut. Terus kibar bendera hitam,” katanya dalam ciapan.
Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menghantar gambarnya memakai baju hitam sambil mengibarkan bendera hitam, sementara Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghantar video TikTok berdurasi 15 saat tanpa suara, yang menunjukkan latar belakang berwarna hitam.
Peguam Samantha Chong menghantar ciapan gambar jubah peguamnya yang berwarna hitam.
“Bagi peguam, memakai warna hitam menjadi simbol penegak hak dan keadilan,” katanya.
Aktivis Syahredzan Johan, yang juga seorang peguam berkata, “rakyat berdiri bersama mereka (petugas barisan hadapan)” dalam mengibarkan bendera hitam, selepas seorang pengguna Twitter menyatakan bahawa ada penjawat awam tidak mahu berbuat demikian kerana takut dihukum.
Hantar pelacur kepada pelanggan, taktik terbaru PKP
Aktivis Michelle Yesudas menyatakan bahawa kerajaan nampaknya ada “masalah” dengan warna sepanjang 10 tahun lalu.
“2011: pakai merah, anda komunis; 2015: larangan pakai kemeja T warna kuning.
“2021: bendera hitam putih kena kecam,” katanya dalam ciapan.
Warna paling selamat, katanya, adalah warna biru, katanya.
Awal minggu ini, gerakan “bendera putih” dimulakan untuk membantu mereka yang terdesak memerlukan bantuan sepanjang krisis Covid-19 dan ekonomi yang semakin memburuk.
Sejak itu, ramai individu dan organisasi mengumpul dan mengagihkan barang keperluan asas kepada mereka yang memerlukan.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, mengibarkan bendera hitam adalah langkah awal rakyat dalam memperjuangkan perubahan.
“Rakyat menderita sejak setahun yang lalu dengan satu lepas satu PKP (perintah kawalan pergerakan).
“Sudah tiba waktunya bagi kita untuk bangkit dan berjuang. Tidak mungkin kita dapat menerima PKP yang tiada hala tuju,” tambahnya.
Setakat petang tadi, hampir 40,000 ciapan menggunakan tanda pagar #benderahitam.
Kosmo memetik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Abdul Jalil Hassan sebagai berkata, satu kertas siasatan mengenai kempen #benderahitam telah dibuka berkait tuduhan hasutan, khianat dan penyalahgunaan kemudahan rangkaian.
Bendera hitam ‘berkibar’ di media sosial
Baca Artikel Menarik :
- Pertemuan misteri di Jalan Bellamy semalam
- Kenapa perlu bantu yang masih bergaji – Rafidah
- Polis Buru Doktor Palsu Suntik 812 Orang Guna Air
- Uyaina dikecam pakaian macam rahib
- Resepi Terung Goreng Kicap Bercili
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.