Kami mengalah, akhirnya terpaksa naikkan bendera putih
Kami mengalah, akhirnya terpaksa naikkan bendera putih. Buntu untuk mendapatkan bekalan makanan, seorang ibu tunggal terpaksa menaikkan bendera putih di hadapan rumahnya di Jalan Jeti di sini pada Khamis.
G Devi, 40, berkata, sejak tidak bekerja beberapa bulan yang lalu, dia mengakui terputus bekalan makanan dan hanya mengharapkan bantuan daripada jiran-jiran sejak empat hari lalu.
Menurutnya, sebelum ini dia bekerja mengambil upah mencuci rumah sejak suami meninggal tiga tahun lalu, namun sehingga kini tiada yang memanggil untuk melakukan kerja-kerja tersebut.
“Saya memang tiada kerja tetap, hanya mengharapkan upah mencuci rumah sebab keadaan kesihatan tak mengizinkan saya untuk bekerja tetap di kilang atau premis lain.
“Rumah saya yang sebulan RM280 ini pun dah hampir setahun tak bayar sebab tak mampu,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di rumahnya pada Khamis.
Devi berkata, perbelanjaan dan bayaran bil utiliti hanya mengharapkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
Tambahnya, tiga anaknya berusia 13 hingga 15 tahun juga berdepan masalah untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) disebabkan telefon rosak.
Tindakan mengibarkan bendera putih itu akhirnya membuahkan hasil apabila Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak tampil menghulurkan sumbangan kepada kedua-dua rumah tersebut.
Kami mengalah, akhirnya terpaksa naikkan bendera putih
Baca Artikel Menarik :
- Bendera putih bukan bererti mengaku kalah
- Lancar ‘Phuket Sandbox’, Malaysia Tidak Tersenarai Dalam 66 Buah Negara Dibenar Masuk Thailand
- Najwan maklumkan ada sesuatu yang tidak kena dalam AMK
- Mila Jirin ajak rakan niaga terus tawakal
- Lelaki Ini Kibarkan Bendera Mohon Bantuan Demi Anak Dan Isteri Tapi Tak Disangka [VIDEO]
- Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
Layari Laman Facebook MYKMU
Bront Palarae: Tak perlu Vellfire dan rombongan untuk beri bantuan
You must be logged in to post a comment.