Donald Trump Belasah Joe Biden

Donald Trump Belasah Joe Biden. Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sengaja mahu mencuri kembali tumpuan ramai pada Rabu apabila dengan lantang menempelak penggantinya, Joe Biden yang didakwa mengabaikan keselamatan negara dengan menghapuskan dasar kawalan sempadan.

Ketika berucap di sisi Gabenor Texas, Greg Abbott, bilionair hartanah itu turut mendakwa polisi sempadan Biden telah menyebabkan peningkatan kemasukan pendatang haram dan sindiket penyeludupan dadah.

“Adakah mereka benar-benar mahu buka sempadan atau pentadbiran Biden sebenarnya tidak cekap?” sindir Trump menerusi ucapannya ketika lawatan di sempadan AS-Mexico yang turut merujuk kepada data Reuters yang menunjukkan jumlah pendatang tanpa izin yang ditahan meningkat pada tahap tertinggi dalam tempoh dua dekad sejak peralihan kuasa di Rumah Putih.

Difahamkan, pentadbiran Biden turut memansuhkan kebanyakan dasar imigresen Trump yang lebih ketat termasuk menghentikan projek pembinaan tembok sempadan kontroversi dan menamatkan program yang memaksa puluhan ribu migran menunggu di Mexico sementara menanti kes permohonan suaka mereka selesai di AS.

Sehingga kini, Trump kekal menjadi tokoh paling berpengaruh dalam Parti Republikan dan telah menyuarakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Presiden AS 2024.

Bagaimanapun, beliau menghadapi kesukaran untuk membersihkan semula imejnya susulan insiden kekalahan pada Pilihan Raya Presiden AS 2020 dan pencerobohan ganas di Capitol pada Januari lalu selain berdepan siasatan jenayah berkaitan pengelakkan cukai yang menyasarkan empayar perniagaan miliknya.

Associated Press (AP) melaporkan Trump Organization dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Allen Weisselberg bakal didakwa di bawah kes tersebut sekali gus menjadi tuduhan jenayah pertama yang dikenakan ke atas Presiden ke-44 AS itu sejak siasatan dilancarkan kira-kira tiga tahun lalu. – AFP

Donald Trump Belasah Joe Biden

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Anwar balas kritikan Bront Palarae

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker