Penyanyi Ini Teman Anak Tonton Video Porno Untuk Beri Pendidikan Seks

Penyanyi Ini Teman Anak Tonton Video Porno Untuk Beri Pendidikan Seks

Penyanyi Indonesia, Yuni Shara mempunyai caranya yang tersendiri dalam mengajar anaknya berkenaan pendidikan seks. Dalam satu wawancara, Yuni mendedahkan dia menemani anak-anaknya menonton video pornografi sebagai satu bentuk pendidikan seks.

Menurut Yuni, anak-anaknya, Cavin Obrient Salomo Siahaan dan Cello Obient Siahaan masing-masing telah menginjak ke usia 19 dan 16 tahun. Sebagai seorang ibu, dia sedar ada kala tidak mampu melarang semua perkara pada setiap masa.

“Anak-anak kita tidak mungkin tidak menonton filem elemen dewasa. Tak kisahlah menerusi tontonan anime atau apa sekali pun. Jadi, daripada kita melarang-larang, kita jadi teman mereka saja sambil memantau.

“Ada ketika anak-anak memprotes. Tapi saya akan cuba menjadi seperti teman mereka. Saya lebih suka mendidik mereka secara santai dan tidak terlalu menekan,”katanya dalam satu kenyataan di media Indonesia, semalam.

Sumber: Liputan6

Yuni yang juga kakak kepada penyanyi Krisdayanti mendedahkan, dia tidak mahu menjadi ibu yang kolot dan mahu berfikiran terbuka tentang isu ini.

“Anak-anakku kebetulan anak-anak yang terbuka. Nggak mungkinlah ya anak-anak kita nggak nonton film porno, mau yang jenis anime atau jenis apapun segala macem, akan ada” ujar Yuni Shara.

Sumber: Detik

Yuni turut mendedahkan kebiasannya dia akan bertanyakan soalan kepada anaknya, Cavin Obrient Salomo Siahaan dan Cello Obient Siahaan adakah mereka suka akan video yang sedang ditonton. Namun, anak-anaknya kadang-kala berasa tidak selesa dengan soalan yang diaju.

“Jadi mendingan dari pada gini-gini mending kita jadi temen aja, ‘gimana nonton kayak gini, asik ya?’, ‘bunda jangan gini-gini’, ‘aduh biasa aja bro’, aku gitu,” ungkap Yuni Shara.

Tambah Yuni, pendidikan seks amat penting buat anaknya yang sedang meningkat dewasa. Dia turut meluahkan rasa risau kerana tidak dapat mengawasi atau menjaga anak-anakya pada setiap masa.

Selain itu, kata Yuni lagi, sudah tentu pada waktu tertentu anak-anak akan merasa kekok apabila ibu ada di sisi tetapi bagi Yuni, ibu bapa juga wajar terbuka apabila menyentuh mengenai pendidikan seks yang biasanya dianggap tabu dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, ditanya jika dia menyimpan hasrat untuk berkahwin lagi selepas hidup menjanda selama 13 tahun, kakak penyanyi Kris Dayanti ini menolak untuk berbuat demikian.

“Saya selesa bersama anak-anak, biarlah tidak berkahwin lagi. Tetapi syukur kerana anak-anak sebenarnya tidak pernah menghalang jika saya mahu berkahwin atau punya pasangan lain. Tetapi ada pula syaratnya.

“Syaratnya, mereka mahu usia lebih tua barulah saya boleh berkahwin,”katanya.

Cavin dan Cello merupakan anak hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Henry Siahaan yang mana, setelah 12 tahun hidup sebagai suami isteri, kedua-duanya membuat keputusan untuk bercerai pada 17 Jun 2008.

Sebelum Henry, Yuni juga pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki bernama Raymond Manthey namun perkahwinan itu cuma mampu bertahan selama 4 bulan sahaja.

Apa pendapat anda tentang cara yang digunakan oleh Yuni Shara ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker