Politik UMNO semakin buruk dengan penangguhan pemilihan parti
Politik UMNO semakin buruk dengan penangguhan pemilihan parti. Penganalisis menjangkakan pergolakan dalaman membabitkan pucuk pimpinan Umno akan bertambah buruk dengan penangguhan pemilihan parti sehingga 18 bulan.
Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, ini kerana “ramai orang” dalam parti itu yang percaya mereka lebih berkemampuan dan berkelayakan untuk memimpin parti itu berbanding Presiden, Ahmad Zahid Hamidi.
“Hishammuddin dan ramai lagi, bahkan Khairy, mungkin bertindak,” katanya merujuk Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin.
“Ia adalah percuma untuk semua cuba bergerak ke suatu kedudukan.
“Sebaik-baiknya, anda mahu mempunyai seseorang yang berpotensi menjadi calon perdana menteri untuk menerajui parti. Kerana kes mahkamahnya, Zahid bukan calonnya. Oleh itu, ramai teringin menggantikannya,” katanya kepada FMT.
Oh berkata, ada individu dalam Umno mungkin menganggap tempoh 18 bulan terlalu lama, yang membolehkan Zahid mengorak langkah untuk mengukuhkan kuasanya.
Katanya, beliau melihat Zahid akan memimpin parti itu sehingga pemilihan diadakan, kecuali beliau disabitkan bersalah di mahkamah.
Hishammuddin akan dedah senarai 25 MP – Nazri
Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, sesetengah pesaing melihat di luar jawatan presiden parti, dengan mengharapkan Umno memenangi pilihan raya umum akan datang yang memberi jaminan jawatan perdana menteri kepada mereka.
Bagaimanapun, beliau memberitahu FMT, sentimen terhadap Zahid mungkin tidak dapat dilihat di peringkat akar umbi atau dalam kalangan pemimpin bahagian.
“Umumnya, mereka yang cuba memperkecilkan Zahid adalah pemimpin tertentu yang kalah dalam pemilihan parti lalu. Ini tidak berlaku di peringkat akar umbi dan tidak menyebabkan ahli keluar parti beramai-ramai atau penutupan bahagian.
“Ini hanya permainan politik dan pertarungan kerana sesiapa sahaja yang menguasai Umno dijangka menguasai kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.”
Kedua-dua penganalisis itu mengakui menangguhkan pemilihan parti adalah langkah tepat susulan Covid-19, lebih-lebih lagi dengan jumlah ahli Umno yang ramai.
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan memberitahu FMT, parti itu akan menangguhkan pemilihan partinya sehingga 18 bulan seperti yang dibenarkan di bawah perlembagaan parti akibat keadaan semasa Covid-19. Pemilihan itu boleh diadakan lebih awal, jika keadaan sesuai.
Ini dipersetujui kebanyakan ahli Majlis Kerja Tertinggi, dengan hanya dua individu yang menolak penangguhan itu, menurut Pengarah Pemilihan Umno, Tajuddin Abdul Rahman.
Terdapat gesaan untuk Umno mengadakan pemilihan parti lebih awal, dengan Khairy dilaporkan berkata, pemilihan perlu dipercepatkan untuk menyelesaikan masalah dalaman Umno sebelum pilihan raya umum ke-15.
April lalu, selepas disingkirkan daripada jawatan ketua Umno Perlis, Shahidan Kassim turut menggesa pemilihan parti dipercepatkan untuk mengelakkan krisis kepimpinan.
Terdapat gesaan untuk Zahid melepaskan jawatan presiden Umno, dengan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz mengkritik kepimpinan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menjadikan Umno kelihatan lemah.
Nazri turut mengakui menjadi “dalang” mengumpul akuan bersumpah untuk menunjukkan Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak lagi bersama Zahid.
Zahid, bekas timbalan perdana menteri, menghadapi 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi.
Politik UMNO semakin buruk dengan penangguhan pemilihan parti
Baca Artikel Menarik :
- Polis terima laporan berhubung surat palsu Hishammuddin
- RESEPI KUIH LAPIS BERGEDIK SUKATAN CAWAN
- Terkhilaf keluar Amanah, Hasnul minta maaf
- RM20,000 sehari jual durian waktu PKP
- JKom dibayar lawan pembangkang, bukan saya – Najib
- Siti Elizad mandul? Kau cuit salah orang
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.