Dun Selangor akan bersidang 23 Ogos


Dun Selangor akan bersidang 23 Ogos

Sultan Selangor perkenan pembukaan DUN 23 Ogos, kata speaker

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 23 Ogos ini, kata Speaker DUN, Ng Suee Lim.

“Saya sudah menghantar surat kepada Sultan Selangor, dengan mencadangkan tarikh pembukaan DUN Selangor pada 23 Ogos. Perkara ini juga adalah hasil perbincangan bersama Menteri Besar, Amirudin Shari,” katanya.

Beliau berkata, surat itu dihantar kepada Sultan Selangor pada 23 Jun lalu.

Suee Lim berkata, berkata Sultan Selangor juga berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan sidang DUN pada tarikh itu.

Katanya, Sultan Sharafuddin melalui Setiausaha Sulit, Mohamad Munir Bani menghantar surat jawapan menyatakan baginda berkenan untuk pembukaan DUN pada 23 Ogos ini.

“Persidangan pertama DUN Selangor penggal ke-14 bakal berlangsung bagi tempoh 23 Ogos sehingga 3 September,” katanya.

Beliau berkata, pada pembukaan persidangan itu Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan titah ucapan dan akan dibahaskan ADUN pada hari kedua.

Katanya, bagaimanapun ia bergantung kepada situasi semasa darurat yang berakhir 1 Ogos. FMT

Dun Selangor akan bersidang 23 Ogos


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Aliff Syukri derita rindu berbelanja di Pavillion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker