Guru diberi keutamaan vaksin COVID-19? Tiada keperluan mendesak dan tidak perlu – Mantan Menteri Kesihatan PH

PETALING JAYA: Susulan cadangan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) untuk mengutamakan pemberian vaksin COVID-19 kepada golongan guru, bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata tiada keperluan mendesak untuk golongan guru diberi keutamaan sekiranya bekalan vaksin terhad.

Beliau berkata SOP sektor pendidikan banyak membantu membendung penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar, dan guru perlu memastikan pelajar mematuhinya.

“Pakai pelitup muka menggurangkan sebaran virus sebanyak 65%, penjarakan fizikal mengurangkan risiko penularan sebanyak 90%, dan guru harus memastikan budaya ini hidup di bilik darjah dan sekolah mereka. Langkah ini mungkin mencukupi untuk mencegah penularan di sekolah.”



Tambahnya, kebanyakan guru yang berusia muda, sihat, dan tiada sejarah penyakit kronik tergolong dalam individu berisiko rendah, maka kerajaan perlu utamakan vaksin kepada petugas barisan depan dan golongan berisiko iaitu individu berusia 65 tahun ke atas, khususnya yang mempunyai penyakit serta penghuni pusat jagaan orang tua.

Ditanya mengenai risiko golongan kanak-kanak dijangkiti dan menyebarkan COVID-19, beliau berkata agensi awam UK, Public Health England, berpandangan bahawa 2/3 transmisi virus berlaku antara guru atau antara guru dan murid, bukan antara murid.

Bersatu sertai MN: UMNO dengar pandangan akar umbi, netizen



“Saya cadangkan keutamaan ujian atas permintaan atau ‘on-demand testing’ diberikan kepada guru-guru, di pusat asuhan dan kakitangan yang merasakan mereka terdedah kepada infeksi. Cara paling baik untuk mengelak transmisi di sekolah adalah dengan tidak mengizinkan virus masuk ke sekolah,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim, mengatakan guru tidaklah perlu diberi keutamaan untuk vaksin, kerana yang lebih penting untuk dipraktikkan ialah penjarakan fizikal dan mengikut SOP dengan teliti dan disiplin.

Ujarnya kepada FMT, jangkitan tidak akan berlaku di persekitaran kawasan sekolah jika SOP di sekolah diikuti.

Tambahnya, jangkitan kepada kanak-kanak bawah 10 tahun paling rendah, maka kakitangan di pusat jagaan juga, buat masa ini, tiada keperluan mendesak untuk diberi keutamaan dan hanya perlu patuh langkah-langkah pencegahan.



“WHO menyarankan cara yang paling berkesan untuk mengawal wabak penyakit COVID-19 dari merebak ialah langkah pencegahan yang baik, menyegerakan pengesanan kes (testing) dan pengesanan kontak (contact tracing) yang dapat mengawal dari jangkitan merebak luas,” katanya.

Tiada rancangan perkenal semula GST – Tengku Zafrul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker