Baby Shima Ramas Najis Dalam Mangkuk Tandas Demi Nasi Kangkang [VIDEO]
SETIAP kali tampil dengan filem pendek di YouTube, penyanyi Baby Shima dilihat seperti sengaja mencipta elemen sensasi bagi meraih kontroversi.
Kali ini filem berjudul Nasi Kangkang pula menjadi kritikan ramai apabila babak Shima memegang najis dalam mangkuk tandas dipaparkan secara terbuka tanpa mengendahkan sensitiviti penonton.
VIDEO DI AKHIR ARTIKEL
Tampil menjelaskan mengenai kritikan itu, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 29, berkata dia hanya ingin menghasilkan sebuah karya yang lebih nyata dan sempurna.
“Soal perlu atau tidak saya nak tunjukkan benda tu secara real… ia sama seperti sebuah filem atau karya, saya nak tampil all out.
“Saya cuba all out supaya ia kelihatan sempurna dan mudah difahami. Saya minta maaf kalau ada yang rasa jijik, saya tak maksudkan apa pun.
“Lagipun saya cuma berkarya kat YouTube, bukan di TV,” katanya ketika dihubungi mStar.
Pada Khamis Shima tampil dengan filem pendek terbaharu yang memaparkan kisah penggunaan nasi tangas atau nasi kangkang bagi merujuk kepada amalan ilmu sihir untuk menundukkan suami.
Perbuatan terkutuk ini dibuat bagi memastikan suami akan sentiasa berada di bawah telunjuk si isteri.
Sebahagian babak daripada filem berdurasi hampir 14 minit berkenaan iaitu aksi Shima mengambil najis untuk dijadikan ramuan masakan nasi sihir itu dimuat naik di Instagram
Antara babak yang menjadi perbualan netizen di media sosial
Dalam pada itu penyanyi lagu Pura-Pura Bujang ini berharap penonton lebih bersikap terbuka dan cuba menerima mesej yang ingin disampaikan.
“Saya rasa video yang dihasilkan ok je… tapi kalau orang tu datang dengan fikiran yang negatif, negatif la jadinya
“Lagipun ada pengajaran di setiap cerita, jadi kena tengok betul-betul sampai habis sebelum komen,” katanya.
Ditanya berhubung lakonannya dalam filem pendek tersebut yang dikatakan masih tidak berkualiti, Shima bagaimanapun seperti enggan mengambil serius teguran berkenaan
“Cari juga, ada ke orang komen kata lakonan saya kayu? Alhamdulillah tak ada… oh ya, kalau kayu tak ada la dipanggil berlakon filem.
“Sebelum buat drama pendek ni, saya dah mula berlakon di Indonesia.
“Tapi kalau ada orang cakap macam tu pun saya tak boleh nak cakap apa, itu pendapat orang… saya hargai pendapat mereka,” katanya.-mSTAR
VIDEO PENUH DIBAWAH:-
Baby Shima Ramas Najis Dalam Mangkuk Tandas Demi Nasi Kangkang [VIDEO]
Baca Artikel Menarik :
- Pejuang mahu kelulusan segera selepas Mahathir mengadap Agong
- Resepi Kayangan Gratinated Baked Potatoes
- Hamzah hina jawatankuasa kaji Parlimen hibrid
- Pesakit Covid-19: Lesu, sukar tidur antara 5 sindrom pasca Covid-19
- Resepi omelet tuna gulung yummy
- Aliff kena masuk kelas masakan sebelum jual produk makanan – Chef Wan
Layari Laman Facebook MYKMU NET