UMNO mahu darurat ditamatkan, tak pernah tuntut Mageran – Asyraf
UMNO mahu darurat ditamatkan, tak pernah tuntut Mageran – Asyraf
KUALA LUMPUR – UMNO tidak pernah menuntut pelaksanaan Majlis Gerakan Negara (Mageran), sebaliknya mahu darurat ditamatkan selepas 1 Ogos ini.
Alasannya kerana selama enam bulan darurat dilaksanakan ternyata langkah itu tidak mengurangkan kes jangkitan Covid-19 kepada dua angka.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki berkata, UMNO mahu kerajaan memanfaatkan kuasa darurat di bawah Ordinan Darurat yang ada untuk bantu rakyat termasuk menawar moratorium tanpa caj/faedah tambahan.
Selain itu, menggunakan kuasa darurat untuk kawal harga barang dan bantu rakyat dengan pelbagai bantuan termasuk i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara total dan bukan ‘separuh masak’, katanya.
Tambahnya, UMNO juga mahu Parlimen dibuka untuk pertahankan semangat dan prinsip demokrasi agar ada akauntabiliti terhadap segala keputusan kerajaan seperti perbelanjaan wang rakyat, penggunaan Kumpulan Wang Amanah, pengurusan Covid-19, proses imunisasi dan vaksinasi termasuk aspek perolehan dan kontrak-kontrak pembelian vaksin dan lain-lain.
Menurutnya, lima perkara itu telah dituntut oleh UMNO secara konsisten.
Disebabkan itu, Asyraf berkata, UMNO pelik apabila Pejabat Perdana Menteri sendiri tampil buat perutusan bantahan terhadap cadangan menubuhkan Mageran untuk untuk ganti kerajaan.
”Tidak pernah dengar pula mana-mana parti utama tuntut MAGERAN!,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau sekali lagi menjelaskan, UMNO sebagai sebuah parti, walaupun sebahagian Ahli-Ahli Parlimen berada dalam kerajaan sementara Perikatan Nasional, tidak pernah bersetuju bahkan tidak langsung dirujuk mengenai Proklamasi Darurat.
Malah, alasan darurat kerana hendak menangani Covid-19 juga turut diragui.
”Sebab itulah, 5 tuntutan di atas secara konsisten diperjuangkan UMNO agar tempoh Darurat yang berkuat-kuasa dimanfaatkan sepenuhnya untuk kerajaan menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk bantu rakyat.
”UMNO tidak pernah menuntut MAGERAN ditubuhkan yang pastinya bertentangan dengan pendirian yang diputuskan setakat ini untuk darurat ditamatkan atau tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021!,” ujar beliau. MG
UMNO mahu darurat ditamatkan, tak pernah tuntut Mageran – Asyraf
You must be logged in to post a comment.