Kerajaan jadikan LHDN ‘senjata’ untuk musnahkan saya, kata Najib
Kerajaan jadikan LHDN ‘senjata’ untuk musnahkan saya, kata Najib
Najib Razak mendakwa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) “menjadi senjata” dan digunakan kerajaan sebagai instrumen untuk menghancurkan kerjaya politiknya.
Dalam afidavit yang difailkan untuk membatalkan notis kebankrapan LHDN terhadapnya kerana gagal membayar tunggakan cukai RM1.69 bilion, Najib berkata masa notis itu dikeluarkan sangat mencurigakan.
“Antara Januari dan Februari, keretakan antara Umno dan PN (Perikatan Nasional) mula timbul dan ada perbincangan bahawa Umno mungkin akan keluar dari kerajaan PN.
“Sekitar waktu ini, notis kebankrapan difailkan kepada saya tetapi ia tidak diserahkan segera,” katanya, menyifatkan notis itu sebagai satu penyalahgunaan proses.
Tambahnya ketika perhimpunan agung Umno pada 28 Mac, parti itu meluluskan resolusi untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu, parti anggota PN, dalam pilihan raya akan datang.
“Dua hari selepas perhimpunan Umno, peguam saya diberitahu bahawa LHDN akan memberikan notis kebankrapan kepada saya,” katanya.
Suruhanjaya Cukai Pendapatan (SCIT).
Najib dalam afidavitnya turut berkata bahawa notis kebankrapan itu terlalu awal, kerana kes taksiran cukai bernilai RM1.69 bilion masih belum selesai di hadapan pengadilan khas Suruhanjaya Cukai Pendapatan (SCIT).
“Mahkamah akan menetapkan tarikh untuk mendengar sama ada jumlah yang diminta oleh LHDN adalah tepat.
“Jumlah yang diminta dalam notis bankrap itu masih belum jelas, ini bermakna penyerahan notis tersebut jelas bersifat pramatang dan tidak masuk akal,” tambahnya.
LHDN memfailkan notis kebankrapan terhadap Najib kerana gagal membayar tunggakan cukai tambahan sebanyak RM1.69 bilion untuk tahun 2011 hingga 2017.
Selain itu Najib juga perlu membayar tunggakan bersama dengan faedah 5% setiap tahun, berjumlah RM45.9 juta bermula dari tarikh penghakiman terus serta kos.
Tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan kerajaan untuk membuat penghakiman terus bagi mendapatkan tunggakan cukai tambahan dari Najib.
LHDN juga berkata keputusan penghakiman terus itu tidak ditangguhkan sejak mahkamah memberikan keputusannya tahun lalu.
Di bawah Artikel 48 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan, seseorang akan terbatal keanggotaannya sebagai Ahli Parlimen selama lima tahun jika dia tidak dapat melepaskan status muflisnya.
Pasukan undang-undang Najib sebelumnya memberitahu wartawan bahawa mereka akan mengemukakan permohonan untuk mengenepikan notis bankrap itu dan menangguhkan prosiding terbabit. FMT
Kerajaan jadikan LHDN ‘senjata’ untuk musnahkan saya, kata Najib
Baca Artikel Menarik
- Pelbagai industri kelam-kabut dengan surat kebenaran perjalanan
- TUDM sahkan 16 pesawat tentera China ‘ceroboh’ ruang udara Malaysia
- Buat Masa Ini Saya Tiada Masa Melayan Orang Gila Atau Benda Gila’ – TMJ
- Resepi Kuey Tiow Kungfu Asli dan Sedap
- Simon Cowell Tarik Diri Jadi Juri X Factor Israel – Ada Kaitan Dengan Isu Gaza Dan Zionist?
- Kek Paling Tak Sedap! ‘ Kek Di Kecam Teruk Oleh Influencer, Fazley Yaakob Tetap Bersangka Baik.
You must be logged in to post a comment.