‘Otak di lutut’, pemimpin Pemuda Bersatu hentam Pemuda Umno


Pemimpin pemuda Bersatu (Armada) mengkritik keras Pemuda Umno kerana menggesa menteri kanan ekonomi Azmin Ali tampil secara langsung menjelaskan isu penentuan sektor perkhidmatan penting semasa sekatan pergerakan terbaru.

Tanpa berbasa-basi, exco Armada Saiful Bahari berkata kenyataan Ketua Pemuda Umno semalam Asyraf Wajdi Dusuki “memperlihatkan kerendahan akal seolah-olah otaknya di lutut”.

“Beliau tidak faham berhubung rasional kilang-kilang yang dibenarkan beroperasi, mentaliti beliau ini tidak ubah seperti pembangkang,” katanya yang juga ketua Pemuda Negara – kumpulan yang dikaitkan dengan Azmin.

Semalam, Asyraf menggesa Azmin menjelaskan kewajaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menentukan sektor yang dianggap perkhidmatan penting untuk beroperasi.

Asyraf malah menuntut Azmin menjelaskannya secara langsung melalui sidang media, bukan sekadar melalui kenyataan media bertulis.

Pemuda Umno antaranya mempertikaikan kebenaran operasi kepada kilang elektronik dan elektrikal.

Dalam kenyataan hari ini, Saiful berkata kerajaan memberikan kelulusan berdasarkan rantaian ekonomi bagi memastikan sesuatu produktiviti terhasil dengan sempurna.

Katanya, sebagai contoh, penghasilan makanan seperti roti menuntut sektor pembungkusan dan pengangkutan dibuka supaya ia dapat sampai kepada pembeli dengan sempurna. Mk

Pemimpin Umno kecam Faiz, sifatkannya ‘anjing salakan politik’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker