Tujuh rumah kedai musnah terbakar
Tujuh rumah kedai musnah terbakar
Mersing: Tujuh rumah kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Dato’ Mohd Ali, Kampung Tanjong, Endau di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan pada 5.49 pagi.
Beliau berkata, tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dan dua kenderaan utiliti dari Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Mersing, Rompin dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Endau dengan kekuatan 51 anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kebakaran sederet tujuh unit rumah kedai dua tingkat berstruktur papan itu membabitkan tiga kedai perkakasan, kedai gunting rambut, kedai kasut dan kopitiam.
“Sebuah surau juga musnah 60 peratus dalam kejadian itu. Operasi memadam api berjaya mengelak api merebak ke dua rumah kedai dan sebuah pasar yang terletak di belakang bangunan berkenaan,” katanya.
Mohd Alias berkata, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua penghuni turut berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian.
“Operasi tamat pada jam 12.30 tengah hari ini,” katanya menerusi kenyataan siaran media. HM
Tujuh rumah kedai musnah terbakar
Baca Artikel Menari
- Migrant crackdown will worsen health crisis, say activists
- Don’t play with autonomy on MCO rules, says Sarawak DAP
- Tak daftar masuk tempat kerja – dikompaun RM7500
- Vaksinasi AstraZeneca: Waktu janji temu di WTCKL, IDCC esok dijadual semula
- Warga Emas Ditemui Mati, Mayat Dimakan Kucing Peliharaannya
- [VIDEO] Polis Tangkap Suspek Tendang Tiga Pelanggan Di Kedai Serbaneka
Layari Laman Facebook MYKMU NET