Pekerja ibu Neelofa tampil perjelaskan hal sebenar – “Tersilap muat naik…”

Sebaran :

Pekerja ibu Neelofa tampil perjelaskan hal sebenar – “Tersilap muat naik…”

PENGURUS Media Sosial Noor Khan International Sdn. Bhd., Zulshafiqah Zulkafli membuat permohonan maaf berhubung insiden menyalah gunakan akaun Instagram Datin Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini) tanpa sengaja.

Zulshafiqah didakwa telah memuat naik kenataan mempertikaikan sistem Raja Berpelembagaan di negara ini menerusi satu hantaran di InstaStory milik Noor Kartini tanpa pengetahuannya.



Menurutnya, dia mengakui telah tersilap memuat naik tangkap layar yang pada asalnya untuk rujukan peribadinya sahaja.

“Saya secara jujur ingin menjelaskan keadaan sebenar yang telah berlaku. Saya telah tersilap memuat naik tangkap layar yang bertujuan untuk rujukan saya sahaja.

“Tiada sebarang niat untuk dimuat naik di Instagram Datin Noor Kartini mahupun Instagram peribadi saya.


“Saya juga mahu menjelaskan, gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan daripada penulisan saya mahupun Noor Kartini sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Zulshafiqah turut memberitahu telah memberikan kerjasama sebaiknya kepada pihak polis berhubung isu berkenaan.

Memohon maaf kepada Sultan Johor

Malah, dia juga memohon maaf kepada Sultan Johor dan seluruh institusi kerabat diraja Johor atas insiden yang tular semalam.

“Saya juga dengan rendah diri, memohon maaf kepada Noor Kartini serta keluarga di atas kecuaian saya yang telah menimbulkan masalah.

“Dengan ini saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan sekali lagi memohon maaf atas keralatan dan kesilapan yang berlaku,” jelasnya.

Semalam, Noor Kartini telah membuat laporan polis berkenaan isu berbaur sensitif terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi hantaran di InstaStory miliknya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan dilakukan susulan laporan polis yang dibuat Noor Kartini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati hantaran tersebut telah dimuat naik oleh seorang wanita berusia 32 tahun.

Kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955. Utv

Pekerja ibu Neelofa tampil perjelaskan hal sebenar – “Tersilap muat naik…”


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ibu Neelofa Mohon Maaf Pada Istana Johor


Sebaran :

Leave a Reply