Kehilangan besar persada dunia Islam


IPOH: Pemergian Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria, yang meninggal dunia hari ini suatu kehilangan besar kepada umat Islam bukan saja di Perak, bahkan di persada dunia Islam khususnya rantau nusantara.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, berkata selain jasa kepada negeri dan negara, dunia Islam khususnya di persada nusantara turut mengenali Allahyarham sebagai seorang ulama yang tegas, berprinsip serta berani.

“Sudah tentu ini kehilangan besar, bukan kerana beliau (berpangkat) besar kepada kami, malah umat Islam di seluruh Malaysia turut bersedih atas kehilangan beliau. (Marilah) kita doakan semoga Allahyarham diampunkan,” katanya kepada media, hari ini.

Zamri berkata, kali terakhir pertemuannya dengan Allahyarham ketika beliau sakit sebelum dimasukkan ke hospital disebabkan COVID-19 yang difahamkan dialaminya beberapa hari sebelum perayaan Aidilfitri lalu.



“Ketika masih di rumah, memang kami (kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perak) biasa menziarahinya yang ketika itu sedang sakit. Selepas dimasukkan ke hospital kerana sah positif COVID-19, kami tidak dapat ziarah kerana prosedur operasi standard (SOP).

“Hanya yang kami lakukan adalah memperbanyakkan doa ketika beliau di hospital bagi kesembuhannya,” katanya sambil mengakui kematian Harussani setakat ini dimaklumkan kerana COVID-19.
BH

[VIDEO]Al-Fatihah: Jenazah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria Selamat Dikebumikan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker