Gardenia sahkan kenaikan harga enam produk 1 Jun ini


SYARIKAT pengeluar roti terkenal, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) mengesahkan kenaikan harga enam produk mereka berkuat kuasa 1 Jun ini.

Ironinya, kenaikan itu diumumkan tidak sampai beberapa jam selepas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid menyatakan tiada kenaikan harga produk Gardenia.

GBKL menerusi satu kenyataan berkata, produk Gardenia yang mengalami perubahan harga ialah Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread 200g; Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread 375g dan Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread 200g.

Katanya, selain itu produk Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread 375g; Gardenia Auntie Rosie – Original Homestyle Kaya 200g dan Gardenia Auntie Rosie – Natural Pandan Kaya 200g turut mengalami kenaikan harga.

Menurut pengurusan GBKL, sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat itu telah mengalami kenaikan kos luar biasa dari segi kos pembuatan dan kos bahan mentah yang berada di luar kawalan.

“GBKL selama ini menyerap kos kenaikan tersebut dan kini GBKL tidak mempunyai alternatif lain kecuali untuk melaksanakan semakan semula harga produk-produk Gardenia terpilih yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jun ini,” kata kenyataan itu, hari ini.

Pengurusan GBKL dalam pada itu menjelaskan, harga bagi produk Gardenia yang lain masih kekal dan pihak syarikat akan terus menyerap kenaikan kos produk-produk tersebut.
Ujarnya, antara bahan-bahan mentah yang mengalami kenaikan mendadak adalah seperti lemak sayuran, serbuk koko, susu serta kos pembungkusan dan lain-lain.

“Fokus GBKL adalah untuk terus mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang dan kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha digembleng terlebih dahulu,” tambah kenyataan itu. Utv

Harga barang mentah naik, kerajaan Muhyiddin gagal urus ekonomi negara?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker