Hukum mencabut dan mewarnai uban


Uban adalah cahaya hari kiamat. Jangan sesekali mencabutnya

Dari Amr ibn Syuib daripada bapanya daripada datuknya daripada Rasulullah s.a.w, Baginda bersabda,

“Janganlah kamu cabut uban, kerana ia adalah cahaya seorang Muslim pada hari kiamat kelak.”

(Hadis ini tarafnya hasan diriwayatkan Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasie dengan sanad-sanad hasan dan al-Tirmizi berkata hadis ini hasan).

“Tidak akan beruban seseorang Islam kecuali ia akan dapat bagi setiap helai uban itu satu kebaikan dan diangkat satu darjat di akhirat.” HR al-Baihaqi

Kalau untuk lebih jelas lagi perhatikan pula hadis ini,

“Satu kezaliman di dunia akan menjadi gandaan kegelapan di akhirat”

Ataupun yang ini, daripada Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

“Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka.”

Hilang cahaya di akhirat jika cabut uban
Sesiapa yang berbuat zalim di dunia akan mendapat kegelapan demi kegelapan di akhirat. Kegelapan di situ boleh ditafsirkan sebagai azab, manakala cahaya adalah nikmat.

Di dalam hadis al-Tarmidzi, “akan mendapat cahaya” dihuraikan menerusi hadis riwayat al-Baihaqi iaitu akan mendapat cahaya di akhirat dan tidak berada di dalam kegelapan.

Ia juga membawa maksud akan mendapat pahala. Setiap sehelai uban itu ada kebaikan dikira satu pahala dan diangkatkan satu darjat.

Jadi, janganlah dicabut uban itu dan kena sentiasa senang dengannya kerana itu adalah anugerah yang Allah beri di akhirat sebagai cahaya. Jangan mengeluh apabila melihat uban kerana ia adalah peringatan kepada kita tentang umur yang telah dilalui.

Kalau hendak cabut juga? Imam Nawawi berkata, hukum cabut uban adalah makruh seolah-olah menghilangkan cahaya yang telah diberi oleh Allah.

Kebanyakan ulama di dalam mazhab Syafie mengatakan makruh. Namun jika hendak mengatakan hukumnya haram disebabkan larangan yang jelas dan sahih dari hadis, pandangan itu pun agak kuat.

Hukumnya makruh tapi untuk mengatakan haram pun boleh diterima juga kerana hadis itu jelas melarang. Mencabut uban sama ada di kepala, misai atau janggut hukumnya makruh yang boleh jadi haram.

Digalakkan mewarna uban

Namun tidak dilarang untuk mencukurnya bagi lelaki manakala bagi perempuan memadai dengan mengguntingnya saja. Yang paling digalakkan adalah diwarnakan dengan inai atau khatam.

Itu membawa maksud warna inai seperti perang, coklat dan kekuning-kuningan selain daripada warna itu memang tidak boleh terutamanya hitam. Dan jangan ada unsur menyerupai orang kafir serta fasik.

Ibn Bazz menyebut dilarang mewarnakan uban dengan warna hitam adalah supaya tidak berlaku penipuan atau penyamaran. Penipuan adalah dari sudut menipu diri sendiri dengan itu merasakan dirinya masih muda.

Apabila seseorang merasakan dirinya masih muda akan mendatangkan banyak masalah. Mereka akan buat perkara yang tidak sesuai dengan umur yang tua.

Penyamaran pula, orang akan menyangka umurnya muda walaupun sudah berusia. Secara umumnya warna rambut hitam adalah merujuk kepada orang muda.

Nabi memang arahkan mewarnakan uban, ia tidak terhad kepada mereka yang hendak pergi perang saja. Ia disebutkan di dalam hadis daripada Jabir, beliau berkata,

“Tatkala Abu Quhafah, ayah Abu Bakar al-Shiddiq dibawa bertemu Nabi s.a.w sewaktu pembukaan kota Mekah, rambut dan janggutnya telah berwarna putih bagaikan Tsaghamah. Melihat itu, Rasulullah s.a.w bersabda: “Ubahlah warna ini namun elakkan daripada memakai warna hitam.” HR Muslim

Di situ boleh ditafsirkan bahawa mewarnakan uban digalakkan kepada sesiapa saja. Masakan Rasulullah memerintah ayah Abu Bakar untuk mengubah warna ubannya sedangkan dia seorang tua yang telah uzur.

Mana mungkin seorang tua yang uzur turut serta ke medan perang malah untuk bergerak pun perlu digendong.

Dakwaan yang mengatakan mewarnakan uban itu hanya untuk orang yang pergi perang, tidak berasas.

Walaupun sudah uzur, Rasulullah tetap galakkan mewarnakannya sebab asasnya adalah untuk membezakannya dari orang Yahudi dan Kristian kerana mereka tidak diperintah mengubah warna uban. Itu kerana Nabi s.a.w. suka membezakan antara Muslim dan orang kafir. Wallahu a’lam Utv

5 Golongan yang didoakan para malaikat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker