COVID-19: PKPD Sentul mula dikuat kuasa hari ini

Beberapa laluan utama dan ‘lorong tikus’ Kampung Batu Muda Tambahan dipasang kawat duri susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di kawasan itu yang berkuat kuasa hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata semua jalan utama bagi tujuan keluar masuk di kawasan berkenaan ditutup sepenuhnya sepanjang pelaksanaan PKPD.

“Sesiapa yang ingin keluar untuk berurusan di luar yang ada pengecualian tertentu, seperti untuk urusan kecemasan atau kematian dan juga rawatan kesihatan, tapi dengan syarat mesti mendapat kebenaran daripada polis.



“Kelonggaran diberi untuk membeli makanan dan keperluan asas di premis perniagaan berhampiran sahaja,” kata Beh Eng Lai.

Kawalan ketat di kawasan yang melibatkan kira-kira 800 penduduk itu turut mendapat kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tinjauan Astro AWANI mendapati terdapat beberapa khemah bagi menempatkan ujian saringan COVID-19 didirikan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak malam tadi.

Semalam, KKM melaporkan sejumlah 106 kes positif COVID-19 direkodkan di Kampung Batu Muda Tambahan hasil daripada 300 ujian saringan yang dilakukan.

Baki saringan COVID-19 akan dijalankan bermula Isnin depan.



PKPD di Kampung Batu Muda Tambahan dilaksana hingga 5 Jun ini susulan penilaian risiko pelbagai agensi dalam jawatankuasa teknikal PKP dengan nasihat KKM.

Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes supaya diasingkan secepat mungkin serta memastikan semua penduduk berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti di luar.

Kerana ‘lari’ elak PKPD warga emas jangkiti 7 individu lain



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker