Kelantan dibanjiri kain rentang ‘Kerajaan Gagal’
Polis Kelantan mengambil perhatian terhadap tindakan pihak tertentu menggantung kain rentang ‘kerajaan gagal’ di beberapa lokasi di negeri itu sehingga tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata, pihaknya telah mengenal pasti dan memantau perbuatan itu, namun tiada sebarang aduan atau laporan polis diterima setakat ini.
“Saya dah semak dengan semua ketua polis daerah (OCPD) tadi, saya juga terima gambar-gambar yang tular seperti diperkatakan itu namun setakat hari ini, tiada lagi laporan polis.
“Pihak polis akan pantau segala kain rentang yang tidak sepatutnya seperti kain rentang ‘kerajaan gagal’,”katanya pada sidang media selepas meninjau kawasan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) Mukim Limbat Pasir Tumboh, Kota Bharu, hari ini.
Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai gambar-gambar kain rentang bertulis ‘kerajaan gagal’ yang dinaikkan di beberapa lokasi di Machang, Jalan Kuala Krai dan Jalan Rantau Panjang.
Gambar-gambar itu tular sejak semalam dipercayai sebagai tanda protes dan kemarahan sesetengah pihak kepada kerajaan.
Ini menyerupai kejadian yang berlaku pada tengah malam 12 Mei lalu apabila sekumpulan individu membakar suar dan menaikkan kain rentang bertulis ‘kerajaan gagal’ di Parit Raja, Batu Pahat.
Sementara itu, Shafien berkata, pihaknya memandang serius perkara ini dan sedang mengumpul segala maklumat mengenai kejadian berkenaan.
Katanya, tindakan sedemikian adalah jelas menjadi kesalahan di sisi undang-undang.
[VIDEO] Tabik Spring Caprice! Tak ‘Koyak’ Berhujah Dengan ‘Influencer’ Israel. Netizen Salute Beliau
“Peraturan kita, nak gantung apa-apa benda, mesti ada kelulusan pihak berkuasa tempatan (BPT).
“Macam kes ini, nak gantung tu memang tak ikut peraturan. Sedangkan iklan kedai juga tidak boleh apatah lagi nak tunjuk protes dan sebagainya, memang salahlah,” jelasnya.
Satu lagi kematian dalam tahanan didakwa berlaku di balai polis sama dengan keluarga pengawal keselamatan berusia 42 tahun, Sivabalan Subramaniam, berkata beliau meninggal dunia kurang sejam selepas ditahan.
Kematian itu menyaksikan kemarahan pengguna media sosial menggunakan tanda pagar seperti ‘#JusticeForGanapathy’ dan ‘#BrutalityinMalaysia’.
Kelantan dibanjiri kain rentang ‘Kerajaan Gagal’
- Resepi puding batik sedap sangat
- Neelofa sekali lagi kena ‘bantai’, Berpurdah tapi tak pakai pelitup muka
- Sahabat tapi bukan gabungan?
- [VIDEO] “Hawau Kau !!” MakCik Melaka Ini Sakan Bertekak Macam ‘Petir’, Pasal Perut Bertingkat.🤣
- Pulangkan balik duit Najib, saya bagi 24 jam – Shafee
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.