Cukuplah 33 tahun rakyat Kelantan ditipu – Zawawi

Cukuplah 33 tahun rakyat Kelantan ditipu – Zawawi

Rakyat Kelantan termasuk perantau perlu membuat keputusan bijak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini demi kehidupan dan masa depan yang lebih terjamin.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Zawawi Othman turut menasihatkan anak muda dan rakyat Kelantan yang berada di luar agar menginsafi apa yang dilalui keluarga mereka di kampung.



Katanya, cukuplah selama 33 tahun rakyat ditipu oleh pentadbiran kerajaan Pas, yang hanya memomokkan kesalahan kerajaan Persekutuan, tanpa memikirkan kemunduran yang berlaku di negeri sendiri.

“Selama 33 tahun rakyat ditipu. Dari awal pemerintahan tahun 1990 sehingga kini hanya peletakan batu asas yang dilakukan, namun satu pembangunan pun tidak dilaksanakan.

“Lihat sahaja isu bekalan air bersih. Masalah ini berlarutan sejak sekian lama tanpa ada usaha untuk mengatasinya.

“Adakah rakyat masih mahu begini selama-lamanya?,” soal beliau.



Dalam pada itu, beliau mencabar bekas pemimpin UMNO yang baharu menyertai Pas, Tan Sri Annuar Musa agar menyatakan pembangunan atau kemajuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang mendakwa membangun bersama Islam.

Ini kerana tegasnya, sepanjang bekas Ahli Parlimen Ketereh itu bersama Pas, dalam ceramahnya langsung tidak menyentuh apa yang hendak dibawa oleh parti itu jika kekal lagi PRN kali ini.

“Dalam ceramahnya Annuar tak sebut Kelantan ini negeri baik dan maju. Yang dia momokkan ialah Perdana Menteri ke-10 dan Presiden UMNO.

“Apa kaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan kerajaan Kelantan yang dia nak pertahankan ini?,” katanya.



Beliau mengingatkan rakyat Kelantan, jumlah 45 kerusi yang disebut-sebut oleh pimpinan Pas dalam kempen mereka ialah suatu angka keangkuhan, bukan bermakna kemenangan parti itu bersama Perikatan Nasional (PN) untuk menamatkan penderitaan rakyat.

Ujar beliau lagi, akibat kegagalan kerajaan Pas mentadbir, rakyat Kelantan terpaksa keluar mencari rezeki di negeri yang ditadbir oleh musuh parti itu. MG

Cukuplah 33 tahun rakyat Kelantan ditipu – Zawawi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?

Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)



Bekas Ratu Cantik Vietnam Jadi Petani

Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker