[VIDEO] #PenjarakanNeelofa: Lebih 30,000 Tandatangan Petisyen Mahu Neelofa DiPenjara

SATU petisyen yang menggesa selebriti sensasi Neelofa menerima hukuman setimpal atas kesalahan berulang kali
melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditandatangani lebih 30,000 individu.

Tindakan selebriti itu kebelakangan ini menimbulkan kemarahan ramai sehingga netizen bersatu hati menyokong petisyen bertajuk

Langgar SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera.

Bukan Sekali, bukan dua kali, tapi berkali kali terjadi

Petisyen di laman web change.org diwujudkan seorang individu menggunakan nama Hentikan Double Standard itu turut menyenaraikan beberapa kesalahan yang dilakukan isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz.

Dia juga menuntut tindakan wajar dikenakan kepada selebriti berusia 32 tahun itu.

TONTON VIDEO KENYATAAN AZWAN ALI TERHADAP NEELOFA!

“Neelofa adalah seorang selebriti yang banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19

“Kesalahan dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard (pilih kasih) dikenakan terhadapnya,” tulis individu berkenaan pada petisyen itu.

SOP PKPB: Neelofa, PU Riz Mengaku Tidak Bersalah. Ikat Jamin RM15K

Antara kesalahan yang disenaraikan dalam petisyen itu adalah majlis perkahwinannya pada Mac; rentas negeri ke Langkawi, Kedah; rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaharu video sambutan Aidiltri bersama ahli keluarga pada 1 Syawal lalu.

Pada pagi Khamis, Neelofa dan Riz didakwa di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas tuduhan pelanggaran SOP selepas merentas negeri bagi membeli karpet di sebuah kedai di Nilai 3.

Dia sebelum ini dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana gagal mengamalkan penjarakan zikal ketika majlis perkahwinannya dan merentas negeri ke Langkawi selepas majlis pernikahan mereka.

Bagi dakwaan melanggar SOP sambutan Aidiltri lalu, Neelofa dan sembilan lagi anggota keluarganya sudah memberi keterangan Ibu Pejabat Polis Brickelds, Kuala Lumpur, pada Rabu-mSTAR

Neelofa & PU Riz Didakwa Beli Karpet Berjumlah RM10 Ribu Di Nilai?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker