Tunku Azizah-Jangan Gaduh Pasal Laksa, Ikan Apa Pun Boleh, Yang Penting Tumis Betul2

Isu berkaitan penggunaan ikan di dalam masakan laksa yang tular baru-baru ini di laman Facebook mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Terdahulu, terdapat satu komen dari pengguna laman Facebook yang menyatakan, usah jatuhkan martabat orang dengan menggunakan ikan kembung dan ikan selayang dalam masakan laksa.



“Kalau tiada ikan parang, gunalah ikan tenggiri. Jangan jatuhkan ‘standard’ kami orang Johor dengan menggunakan ikan selayang dan kembung. Itu ‘standard’ orang utara dan timur,” komen Siti Rahmah Ahmad.

Komen tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan terdapat satu komen yang menyelar kenyataan tersebut.

“Sekurang-kurangnya kami tidak tertukar laksa dan spageti untuk digunakan di dalam masakan. Apa guna buat laksa tetapi menggunakan spageti. Itulah, orang nak masak laksa, dia nak masak juga,” komen Mastika Halim.



Berikutan hal itu, Tunku Azizah bertitah di laman Instagram agar rakyat tidak berkelahi antara satu sama lain hanya disebabkan berlainan pendapat tentang bahan masakan yang digunakan untuk memasak laksa.

“Kita jangan gaduh pasal laksa. Tepuk dada, tanya selera. Mahu guna ikan apa pun boleh. Udang hidup, udang kering ataupun ikan masin. Yang penting tumis betul-betul,” kata beliau.

Nasihat yang diberikan oleh Tunku Permaisuri Agong mendapat sokongan daripada pengguna laman Instagram yang lain termasuk chef selebriti, Chef Adu dan YatieKitchen.

“Betul itu Tunku! Patik setuju sangat!,” balas Chef Adu di ruangan komen.

“Nanti minta tunjuk ajar ya Tunku bagaimana untuk ‘chap’ spageti itu ya,” komen YatieKitchen.



Dalam pada itu, menerusi satu video yang dikongsikan, Tunku Azizah turut menunjukkan cara membuat gulungan laksa atau dipanggil sebagai ‘chap’.

“Kena minta maaf di sini, orang Johor pandai ‘chap’ laksa spageti tapi orang Pahang pandai ‘chap’ laksa tepung dan orang Terengganu pandai ‘chap’ laksa beras…

“Tapi sekarang tak ramai pandai ‘chap’… saya pun kena belajar semula dengan Wokwok! Laksa tepung atau beras di masak atas kayu api, baunya sedap sangat!” titah tuanku.

Tunku Azizah terkenal dengan hobi memasaknya sama ada menu tradisional mahupun manisan, sekali gus lebih mendekatkan diri baginda kepada rakyat.



Baginda telah menghasilkan tiga buku iaitu Air Tangan Tengku Puan Pahang yang diterbitkan pada 2007, serta dua naskah buku pada 2018 iaitu Air Tangan Tengku Puan Pahang Manisan Tradisional Pahang dan Air Tangan Tengku Puan Pahang Masakan Tradisional Pahang

Sumber: Air Tangan Tunku Azizah, KO

Usah bertikam lidah isu ‘laksa’ – Exco Johor



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker