PN tiada dasar, disokong kerana taksub – Khaled Nordin

PN tiada dasar, disokong kerana taksub – Khaled Nordin

Penyokong-penyokong Perikatan Nasional (PN) didakwa akan kekal menyokong parti itu walaupun kepimpinannya masih belum menentukan dasar dan perancangan atau manifesto untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Malah, parti itu juga dikatakan masih belum menentukan poster boy yang hendak dibawa sepanjang kempen tersebut serta calon Menteri Besarnya untuk ditawarkan kepada pengundi.



Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, meskipun masih belum menentukan perkara tersebut, namun parti itu akan mendapat sokongan kerana ketaksuban penyokong-penyokongnya.

“Mereka juga tidak mempunyai dasar dan perancangan, mereka tiada manifesto lagi, mungkin akhirnya mereka tiru. Mereka tidak ada perancangan, tetapi rakyat sokong kerana apa? Taksub.

“Takut kalau kita semua menang, Melayu dan Islam terancam, jadi sebab itulah kita hendak bawa kepada landasan sederhana, berbahaya bagi negara kita jika sebahagian besar daripada rakyat terdiri daripada golongan yang taksub. Muhammad Sanusi (Menteri Besar Kedah) curi REE pun dijadikan hero,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Veteran UMNO bersama calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 Kota Anggerik dan N.41 Batu Tiga, malam tadi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Menteri Besar Selangor jika Pakatan Harapan (PH) mengekalkan kedudukannya di negeri ini pada PRN.



Bagaimanapun situasi itu bertentangan dengan situasi dihadapi PN apabila sehingga kini masih belum menentukan calon Menteri Besar walaupun terdapat cakap-cakap Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal dilantik ke jawatan tersebut.

Malah, parti itu juga masih belum mengumumkan tawaran atau manifesto kepada pengundi walaupun sudah memasuki hari keenam kempen pilihan raya dan masih berbaki lima hari sebelum undi awal pada Selasa depan.

Belajar terima realiti politik

Dalam pada itu, Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor memaklumkan, rakyat terutama penyokong-penyokong UMNO sebelum ini perlu belajar menerima hakikat landskap politik semasa yang disifatkan selepas ini tidak akan ada mana-mana parti mampu capai majoriti mudah.



“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), realitinya tak ada parti boleh bentuk kerajaan. Itulah yang akan berlaku selepas ini. Maknanya kita kena belajar bekerjasama dengan mana-mana parti lain kalau hendak ada kedudukan, kuasa dan jadi kerajaan.

“PN pun kena belajar kerjasama dengan UMNO, ingat dia suka ke kita? Kena belajar. Apatah lagi ini zaman memang kita tak boleh bergerak in silo. Zaman ini, kita perlu ada kerjasama dan ia menjalar kepada keadaan berpolitik,” tegasnya.

DAP tidak paksa UMNO

Malah, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu juga menjelaskan komponen PH, DAP tidak pernah memaksa UMNO menggugurkan agenda dan perjuangan sebagai satu parti mewakili Melayu dalam negara.



“Ada DAP suruh gugurkan perjuangan kita? Ada pernah dengar? Ya betul, di Wilayah Persekutuan dia buat usul hendak tubuh pilihan raya peringkat kerajaan tempatan, tetapi sesiapa pun boleh buat usul, UMNO pun boleh yang lain, tak ada masalah,” ujarnya. Utusan

PN tiada dasar, disokong kerana taksub – Khaled Nordin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”

“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen



David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah

Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker