Salah Usir..Sudah Jatuh Di Timpa Tangga Pulak
BAYANGKAN apa perasaan anda apabila mengetahui anda diusir daripada rumah sendiri selepas pulang daripada bekerja seharian.
Senario itu yang dihadapi seorang petugas pasar raya Walmart di Texas, Amerika Syarikat dan juga seorang ibu tunggal baru-baru ini.
Brianni Bonner, 23, memberitahu portal berita WFAA, dia dilarang memasuki rumahnya di Pangsapuri Riviera setalah pulang dari tempat kerja serta barang miliknya telah dibuang ke dalam tong sampah.
“Mereka memberitahu saya akan dimasukkan ke dalam penjara jika saya bertegas ingin memasuki unit pangsapuri saya,” katanya.
Namun setelah menyiasat punca sebenar dia diusir, dia mendapati pihak pengurusan telah melakukan kesilapan.
Sepatutnya mereka ingin mengusir penghuni unit pangsapuri yang menetap di bawah unit Bonner.
“Saya pulang ke rumah dan dilarang memasuki unit pangsapuri saya.
“Setelah bertengkar dengan pihak pengurusan, mereka baru sedar mereka telah membuat kesilapan.
“Mereka sepatutnya ingin mengusir penghuni di bawah unit saya,” katanya di laman GoFundMe.
Bonner berkata, dia temui barangnya di dalam tong sampah, termasuk ubat-ubatan untuk anaknya yang berusia empat tahun.
Setelah mengedari kesilapan mereka, pihak pengurusan membenarkan Bonner memasuki rumahnya semula selepas beberapa jam.
Namun ia telah dikosongkan dan perlu dicat semula.
“Perkara ini sangat mengecewakan saya. Saya rasa seperti segalanya telah dirampas daripada saya dan tempat ini tidak lagi rasa seperti rumah saya,” katanya kepada WFAA.
Lebih mengecewakan, katanya, pihak pengurusan hanya ingin membayar ganti rugi sebanyak AS$200.
Bonner telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan setakat ini pihak Polis Dallas enggan memberi sebarang komen tentang kes berkenaan.
Single mother who was “wrongfully evicted” in Dallas wants to thank all the Texans who stepped up to help her. 💜 @BonnerBrianni pic.twitter.com/Xza2zeCCI4
— Malini Basu (@MaliniBasu_) May 13, 2021
Sumber: Twitter, GoFundMe
Mental Stres Punya Pasal, Cikgu2 Sepakat Gantung Banner Minta Halau Pengetua ‘Mental’ Dari Sekolah😂😂
You must be logged in to post a comment.