Budak hancur jari, tersepit dalam mesin tebu


Melaka: Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun hancur jari tangan kiri selepas tersepit dalam mesin tebu ketika dia sedang membantu bapanya, hari ini.

Kejadian berlaku di rumahnya di Taman Serkam Jaya di sini, pada 7.45 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.49 malam dan tujuh anggota bersama jentera dikerah ke lokasi.

“Ketika tiba, didapati tangan mangsa hingga pergelangan, tersepit dan kerja menyelamat dijalankan dengan penuh hati-hati, menggunakan peralatan khas.

“Tangan mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh 10 minit, namun jarinya hancur,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut dan operasi ditamatkan selepas itu. HM

Kanak-kanak 5 tahun maut dilanggar di depan rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker