[VIDEO] Rakyat Tersungkur Ditolak Ketua Bahagian Bersatu Padang Serai
Rakaman yang tular di Facebook semalam menunjukkan kejadian kacau bilau yang didakwa berlaku di pejabat PPBM bahagian Padang Serai.
Di penghujung klip ini, kelihatan seorang yang didakwa Ketua Bahagian menolak rakyat marhain yang mendakwa dirinya juga adalah ahli Bersatu yang datang hanya mahu mengambil ambil barang.
Pertengkaran terjadi diantara mereka sebelum yang ditolak memaklumkan bahawa beliau akan membuat laporan polis berhubung tindakan biadap ketua bahagian tersebut.
Sehingga laporan ini ditulis tiada sebarang penjelasan yang dikeluarkan oleh parti bersatu berhubung perkara tersebut.
Kita berharap agar Ketua Bersatu Padang Serai segera tampil membuat penjelasan di atas insiden yang berlaku ini. Jangan marahkan rakyat lagi yang sudah pun tertekan dengan kesan ekonomi yang lembab.
Negara kita makin ketinggalan dengan negara-negara jiran, rakyat semakin kecewa ditambah pula ragam orang politik yang tidak habis-habis rakus dan gila kuasa.
Sebar berita merosakkan boleh dijatuhkan hudud – Hadi
You must be logged in to post a comment.