[VIDEO] Insiden Langgar-Pemandu BMW Mohon Maaf Kepada Anggota Rela

Seorang pemandu kereta mewah jenis BMW memohon maaf kepada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang dilanggarnya di hadapan sebuah sekolah menengah di Kota Kemuning di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, permohonan maaf itu dilakukan selepas kedua-dua mereka dipanggil memberikan keterangan dalam membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini.

“Lelaki berusia 51 tahun yang memandu kereta BMW itu telah memohon maaf kepada anggota Rela tersebut.



“Susulan itu, anggota Rela berkenaan mengambil keputusan menarik balik laporan polis yang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, kedua-dua pihak telah berdamai dan tidak mahu perkara itu dipanjangkan.

Kosmo! Online semalam melaporkan niat murni seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengawal lalu lintas di hadapan sebuah sekolah menengah di Kota Kemuning di sini dibalas tindakan tidak sewajarnya apabila dikatakan dilanggar sebuah kereta mewah jenis BMW.

Insiden yang dipercayai berlaku pada 5.20 petang Rabu lalu itu tular di laman sosial menerusi video berdurasi 32 saat.



Berdasarkan video tersebut anggota Rela itu menahan kereta BMW itu susulan laluan dikatakan dijadikan sehala pada waktu kemuncak bagi menjaga keselamatan pelajar yang pulang ke sekolah.

LIHAT VIDEO DIBAWAH:-

[videopress xftrmSbf]

Anggota rela dilanggar pemandu BMW depan sekolah

SHAH ALAM – Niat murni seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengawal lalu lintas di hadapan sebuah sekolah menengah di Kota Kemuning di sini dibalas tindakan tidak sewajarnya apabila dikatakan dilanggar sebuah kereta mewah jenis BMW.

Insiden yang dipercayai berlaku pada 5.20 petang semalam itu tular di laman sosial menerusi video berdurasi 32 saat.

Berdasarkan video tersebut anggota Rela itu menahan kereta BMW itu susulan laluan dikatakan dijadikan sehala pada waktu kemuncak bagi menjaga keselamatan pelajar yang pulang ke sekolah.



Malah kedengaran dua suara kanak-kanak di dalam video itu yang menyatakan

“Dia (pemandu kereta) terlanggar kaki orang itu (anggota rela) dan oh my goodness (Oh Tuhanku),” jelasnya.

Beberapa pengguna laman sosial Facebook menyelar tindakan tersebut yang disifatkan keterlaluan.

“Harap pemandu itu dikenakan tindakan dan minta maaf kepada uncle (anggota rela),” jelas pengguna dengan nama Mona Mohd. Dan.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan pihaknya telah menerima laporan daripada anggota rela tersebut semalam.

“Kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini untuk dirakamkan keterangan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. -K!ONLINE

Nash cedera kemalangan, kereta terbabas langgar tembok penghadang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker