Mahathir cadang PRU-15 diadakan 2023.

Mahathir cadang PRU-15 diadakan 2023, Muhyiddin akan bermasalah jika Parlimen bersidang

PUTRAJAYA: Mahathir cadang PRU-15 diadakan 2023. Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak boleh diadakan tahun ini malah perlu menanti hingga tamat penggal Parlimen pada 2023.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia perlu diberi pertimbangan serius mengambil kira situasi pandemik Covid-19 yang semakin meningkat dan mengakibatkan penularan jangkitan lebih dahsyat jika sebarang bentuk pilihan raya diadakan.

Justeru, kata beliau, penangguhan pilihan raya perlu walaupun tempoh Proklamasi Darurat akan tamat pada 1 Ogos ini, apatah lagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah September tahun lalu telah memberi pengajaran besar peningkatan kes mendadak selepas tempoh itu.

“Saya fikir kalau nak buat pilihan raya waktu ada Covid-19, kita akan lihat perkembangan (jangkitan). Sebab itu (walaupun) selepas tamat darurat, tidak boleh diadakan pilihan raya. Kena tunggu mungkin sampai tarikh 2023.

“Kita tidak boleh main-main dah dengan Covid-19 ini. Ia boleh berjangkit kerana sekarang ini bukan saja ada satu varian, kita ada lima varian sekarang ini. Kalau kita main benda ini, dia boleh berkembang.

“Saya tidak fikir tahun ini kita boleh adakan pilihan raya. Ini serius. Jangan main-main. Kita sudah buat di Sabah, apa jadi?” soal beliau kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam.

Ditanya sama ada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus menerajui pemerintahan negara selepas tamat tempoh darurat tamat, Dr. Mahathir berkata, beliau mungkin menghadapi masalah apabila kembali ke Parlimen sebaik Dewan Rakyat dibenarkan bersidang semula.

Ini kerana kata beliau, kedudukan Muhyiddin akan tergugat berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak cukup majoriti.

“Kalau dia (Muhyiddin) balik kepada Parlimen, dia mungkin menghadapai masalah. Mungkin dia kalah,” katanya.

 

Program vaksinasi Covid-19 fasa 3 terjejas, bekalan vaksin tidak cukup – KJ

Dr. Mahathir pada masa sama berkata, situasi politik tidak menentu menjadi antara faktor ramai pelabur asing menarik diri daripada membuat pelaburan di negara ini.

Beliau menjelaskan, situasi pandemik bukan alasan utama para pelabur bertindak sedemikian sehingga ada yang memindahkan pelaburan ke negara jiran seperti Indonesia.

Katanya, punca utama keadaan itu berlaku kerana kerajaan ketika ini tidak cekap dan tidak tahu bagaimana cara untuk menjadikan negara ini satu tarikan kepada pelabur sedangkan Malaysia mempunyai banyak kelebihan.

“Itu bergantung kepada kerajaan. Kalau kita tahu cara-cara, kita boleh tarik balik pelabur kerana Covid-19 ini bukan sahaja di Malaysia, malah Indonesia pun kena Covid-19 juga. Jadi, apa sebab dia (pelabur) nak pindah dari Malaysia ke Indonesia?

“Bukan kerana Covid, tapi kerana kerajaan tidak cekap kalau tidak ada kepimpinan yang tahu caranya. It’s easy to make a policy, but to make the policy work is another thing (ia mudah untuk membuat polisi, tetapi untuk menjadikan polisi itu berkesan adalah satu perkara lain,” katanya.

Siapa layak memerintah Malaysia?

Dr. Mahathir berkata, mana-mana parti yang bertelagah ketika ini membincangkan mengenai perebutan kerusi dalam menghadapi PRU-15 sepatutnya memikirkan cara bagaimana untuk mencari jalan supaya pentadbiran negara lebih cekap, walaupun mengakui parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskannya turut bercakap soal itu.

Kata beliau, banyak pihak mendakwa barisan anggota Kabinet sekarang ini tidak cekap biarpun mempunyai jumlah menteri dan timbalan menteri sehingga lebih 70 orang.

“Kerajaan kata dia belanja RM600 bilion. Tetapi kita tidak nampak duit itu. Apa dia? Siapa yang dapat? You nampak? RM320 bilion untuk satu tahun dia belanja dalam empat bulan. Kalau belanja sampai banyak macam itu, orang semua penuh dengan duit. Tapi mana dia (duit itu)? Kita tak tahu,” katanya

Baca : https://mykmu.net/2021/05/06/agong-zahir-tahniah-bangga-atas-kejayaan-pandelela-raih-emas-di-kejohanan-dunia/

Like FB MyKMU disini

Najib ‘sekolahkan’ Wan Saiful

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker