Resepi Ketupat Palas Lemak Yang Sedap Untuk Raya

Resepi Ketupat Palas Lemak Yang Sedap Untuk Raya
Resepi Ketupat Palas Lemak Yang Sedap Untuk Raya, hidangan lemang dan ketupat palas semestinya antara yang wajib ada. Tanpa hidangan ni, tak lengkap raya tau. Bagi anda yang teringin nak cuba buat Ketupat Palas untuk raya tahun ni, resipi perkongsian saudari D’Iris Marissa Maria ni boleh dicuba. Sangat sedap dimakan dengan serunding, rendang ataupun nisan cair ( manisan cair).

Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.

Di kalangan penduduk utara Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membezakannya iaitu ada jantan dan betina. Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas. Manakala, ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas. Namun, ini hanyalah sebagai satu gurauan atau sendaan sahaja, agar balutan yang dibuat supaya kemas, rapi dan mengikut tradisi. Cara pemasakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara kukus ataupun rebus.

Ia enak dimakan dengan rendang ayam mahupun rendang daging.

Resepi Sambal Daging Merah Lazat

Resepi Ketupat Palas Lemak Yang Sedap Untuk Raya

RESIPI KETUPAT LEMAK / TAWAR

BAHAN-BAHAN: Resepi Ketupat Palas Lemak

1kg beras pulut
1/2kg santan pekat
1 cawan air
1 sudu makan garam kasar
2 sudu makan gula
Daun palas secukupnya

Resepi Ketupat Palas Lemak Yang Sedap Untuk Raya

Resepi Rendang Daging Sedap Giler

Daun palas

CARA MEMASAK: Resepi Ketupat Palas Lemak

1. Beras pulut dibersihkan dan rendam selama 12 jam. Kemudian kukus hingga masak.

2. Campurkan santan bersama air. Kemudian masak santan tersebut bersama gula dan garam hingga mendidih.

3. Masukkan pulut yang baru siap dikukus ( panas-panas) ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan santan. Gaul hingga sebati dan biarkan seketika.

4. Bila pulut telah sejuk, bolehlah dibalut dan dibungkus menggunakan daun palas. Lakukan hingga habis.

5. Setelah siap, Ketupat Palas Lemak boleh dikukus atau direbus seketika supaya rasanya lebih sedap dan tahan lama.

Resepi Ketupat Palas Lemak Yang Sedap Untuk Raya

Selamat mencuba Ketupat Palas Lemak

Banyak lagi Resepi disini

Like FB MyKMU disini

 

Resepi Serunding Daging Lazat

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker