Sekolah Diarah Tutup Selepas Dakwa Pelajar Mampu Menetaskan Telur Rebus
SEBUAH sekolah vokasional di China telah diarah tutup selepas pengasas serta pengetuanya menerbitkan laporan yang mendakwa pelajar sekolah berkenaan mampu menetaskan telur ayam dengan hanya menggunakan “kuasa minda”.
Pengasas Sekolah Latihan Vokasional Chunlin, Guo Ping menerbitkan laporan tersebut dalam jurnal Pictorial Geography pada Mac lepas.
Laporan itu turut menyatakan proses berkenaan disaksikan oleh beberapa individu, termasuk tujuh pelajar, enam ibu bapa serta dua pensyarah.
“Anda perlu tumpukan perhatian kepada telur tersebut. Selepas itu anda harus menggukanan kaedah rahsia ini bagi menetaskan telur berkenaan,” kata Guo seperti dipetik laporan portal berita Xinan Evening News.
Laporan itu mendapat kecaman pelbagai pihak bulan lepas dan memaksa pihak kerajaan untuk mengambil tindakan dan membuka kertas siasatan.
Guo kemudian meminta maaf atas laporan tersebut dan berundur daripada jawatannya di sekolah berkenaan yang terletak di Zhengzhou.
Siasatan awal mendapati jurnal berkenaan telah dibayar untuk menerbitkan laporan itu.
Menurut South China Morning Post lagi pengarah Pictorial Geography turut dilapor meletak jawatan susulan kes ini.
You must be logged in to post a comment.