KJ: Tempahan untuk vaksin AstraZeneca dibuka tengah hari esok


Tempahan bagi pengambilan vaksin AstraZeneca Covid-19 secara sukarela akan dibuka secara rasmi tengah hari esok, kata Menteri Penyelaras Program Vaksinasi Covid-19, Khairy Jamaluddin.

Menerusi Twitter, menteri sains, teknologi dan inovasi itu berkata tempahan boleh dibuat secara dalam talian di https://www.vaksincovid.gov.my/ .

“Tak perlu daftar semula. Nama sudah ada dalam sistem. Esok cuma buat tempahan tarikh dan PPV (pusat Pemberian vaksin) di laman web. Notifikasi janji temu akan diberi melalui MySj (My Sejahtera).

Katanya, terdapat empat pusat yang ditetapkan untuk menerima suntikan vaksin – Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam.



Tempahan akan diterima berdasarkan ‘siapa dulu dia dapat’ bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Mk

Kerajaan Sarawak Tegas Enggan Terima Vaksin AstraZeneca



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker