Adun Paloh: Hamzah macam watak politikus dalam filem Tamil


Pengakuan dibuat Hamzah Zainudin berhubung rakaman audio perbualannya yang tular baru-baru ini menjadikan Menteri Dalam Negeri itu seakan-akan watak ahli politik tanpa integriti mencatur kuasa dalam filem Tamil, kata seorang pemimpin DAP Johor.

Menurut Sheikh Umar Bagharib Ali sepatutnya imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipandang tinggi oleh semua pihak namun sikap ditunjukkan Hamzah meletakkan kedudukan pasukan keselamatan itu berada di kedudukan sebaliknya.

“Amat malang sekali, tindakan Hamzah hanya akan mencemarkan imej PDRM,” katanya dalam kenyataan media hari ini.



Adun Paloh dan ketua Pemuda DAP Johor itu turut membangkitkan persoalan mengenai kata-kata “budak kita” yang disebut Hamzah dalam rakaman perbualan tersebut.

Untuk rekod dalam perbualan berkenaan Hamzah dirakam sebagai berkata: “Because dia budak kita, budak Perak, family semua kat sana and it will be very good for us”.

Justeru kata Sheikh Umar, Hamzah perlu menjelaskan maksud di sebalik kata-kata berkenaan kerana rakyat berhak tahu mengenainya.

“Selain itu, apakah yang Hamzah maksudkan dengan ‘it will be very good for us’ itu? Siapakah ‘us’ yang dimaksudkan dalam konteks perbualan Hamzah?” soalnya.



Terdahulu, tular rakaman suara Hamzah antaranya menyatakan sokongan kepada seseorang yang dirujuknya sebagai “budak kita” dalam perbualan berhubung pelantikan pegawai kanan polis.

Semalam, Hamzah – yang juga merupakan anggota parlimen Larut – mengakui ketulenan rakaman tersebut namun menegaskan dia dia tidak melakukan sebarang kesalahan kerana berkata-kata begitu.

Ketua Polis Negara Hamid Bador pula menegaskan, dia tidak ada kena mengena dengan rakaman perbualan telefon tersebut.

Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, menggesa Hamzah supaya meletakkan jawatannya sebagai menteri atau Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggugurkan setiausaha agung Bersatu itu bertindak segera bagi mengembalikan integriti PDRM.



“Pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus dilihat sebagai penyangak politik selagi tiada tindakan diambil lebih-lebih lagi apabila ia diakui sendiri,” katanya. Mk

KPN hentam campur tangan Menteri KDN pada sidang media terakhir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker