Penurunan al-Quran adalah peninggian erti kemanusiaan
Al-Quran guru kepada manusia, ajar bagaimana berfikir dan bertindak
AL-QURAN ibarat guru kepada manusia. Ia mengajarnya bagaimana dia berfikir, membuat keputusan dan bertindak, mengajarnya erti dan hakikat-hakikat kewujudan serta memperkenalkan kepadanya hakikat-hakikat ketuhanan.
“Sesungguhnya al-Quran ini memberi hidayah kepada jalan yang paling lurus” – Surah Al-Israa’
Tanpa kesemua erti itu, manusia hanya akan terkapai-kapai dalam galaksi kewujudan hanya berbekalkan akal dan pancaindera yang cetek yang berpusing-pusing pada kesalahan-kesalahan yang sama, serta melalui jalan kerugian yang berpanjangan walaupun ia mendakwa ia menjumpai beberapa cebisan teori dan hakikat kewujudan.
“Barang siapa yang tidak Allah jadikan baginya cahaya, maka tiadalah cahaya baginya” – Surah an-Nur
Besarnya al-Quran mengajar dan merubah hidup kita berkadaran dengan besarnya kita menanggapinya sebagai guru hakiki yang memandu kita pada semua sudut kehidupan.
Ia adalah kalam Tuhan, dan Tuhan telah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi bahawa : “Aku adalah pada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku”
Semoga Allah menjadikan kita al-Quran yang berjalan di atas mula bumi ini.
Salam Nuzul Al-Quran.
Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa,
Penolong Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Jangan bisu bila Islam dihina! Kes Adib, LTTE dan tulisan Jawi apa cerita?
You must be logged in to post a comment.