Tuak kurma pilihan juadah berbuka puasa
KOTA BHARU – Usaha keras seorang warga emas di Kampung Teras, Binjal di sini mempopularkan nira kurma atau tuak sejak tiga tahun lalu mula membuahkan hasil apabila minuman itu mula menjadi pilihan utama ketika berbuka puasa.
Situasi itu menyaksikan Mohd Zin Mohamed, 61, tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan tuak kurma dalam kalangan penduduk di negeri ini.
Menurutnya, setiap hari dia mampu mengeluarkan kira-kira 10 liter tuak kurma untuk dijual kepada pelanggan.
Tuak kurma lebih mendapat permintaan pada Ramadan berbanding tuak kelapa.
“Daripada jumlah tersebut dia mampu menghasilkan lebih 80 botol air tuak kurma yang dijual dengan harga RM15 hingga RM20 sebotol.
“Kesemua tuak itu dihasilkan menerusi teknik menyandat pada batang pokok kurma,” katanya.
Mohd Zin berkata, setiap hari dia akan mengutip tuak kurma sebanyak tiga kali sehari bagi mengelakkan ia daripada rosak.
Mohd Zin menggunakan teknik menyandat pada batang pokok kurma untuk menghasilkan tuak.
Dia berkata, bagi menambahkan lagi keenakan rasa tuak kurma dia akan mencampurkan minuman itu dengan hirisan kayu cengal.
“Aroma kayu cengal atau laghu akan membangkitkan lagi rasa minuman itu.
“Laghu itu diletakkan di dalam bekas plastik ketika proses tuaian dilakukan,” katanya.
Katanya, kebiasaan kerja menyandat dilakukan pada waktu malam.
“Selain tuak, saya juga menjual cuka kurma,” katanya.
KJ sahkan pekerja hotel di Pahang, termasuk Genting, sudah divaksin
You must be logged in to post a comment.