MB Perak jalani kuarantin 14 hari



Sebaran :

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad diarah menjalani kuarantin wajib selama 14 hari mulai Rabu selepas dikesan mempunyai kontak dengan seorang individu positif Covid-19 di Lenggong baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Politik, Datuk Sham Mat Sahat selepas Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri yang sepatutnya dihadiri beliau telah diwakili Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Sham berkata, perkara diketahui selepas Saarani meminta beliau mewakilinya ke sebuah majlis berbuka puasa di Batu Kurau yang dijadualkan Jumaat ini.



“Jam 5 petang tadi, saya dapat maklumat bahawa beliau diminta untuk kuarantin selama 14 hari kerana kontak rapat dengan (seorang individu) yang positif (Covid-19) di Lenggong. Jadi pada tadi beliau maklumkan yang beliau tak dapat hadir (ke majlis ini).

“Saya pun dapat maklumat tadi apabila majlis berbuka puasa Jumaat ini di Batu Kurau. Beliau minta saya wakil ke sana. Apabila saya tanya kenapa, dia kata dia kena kuarantin selama 14 hari,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Nuzul al-Quran 1442 Hijrah negeri di Masjid Sultan Idris Shah II di sini.

Zeti letak jawatan pengerusi PNB pada 30 April

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan berangkat pada majlis berkenaan.



Menurut Sham, Saarani telah mempengerusikan mesyuarat Exco di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

“Ketika itu, beliau belum tahu lagi (kontak rapat dengan kes positif Covid-19) dan setelah kontak rapat di Lenggong disahkan positif Covid-19, barulah beliau diminta menjalani kuarantin,” katanya.

Ditanya mengenai Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun juga dikatakan turut menjalani kuarantin, Sham berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu.



Saarani telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan baru-baru ini.

KJ sahkan pekerja hotel di Pahang, termasuk Genting, sudah divaksin


Sebaran :


Leave a Reply