Resepi Cucur Udang Kuah Kacang



Sebaran :


Resepi Cucur Udang Kuah Kacang

Masa Penyediaan: 20 minit,
Masa Memasak:20 minit,
Jumlah Hidangan:5

Resepi Cucur Udang Kuah Kacang, resepi dari utara yang sedap.



Kuah yang terbaik di hasilkan menggunakan kacang tanah digoreng tanpa minyak, membangkitkan rasa lemak apabila di cicah dengan cucur udang.

Bahan-Bahan:

Bahan untuk cucur:



500 gram tepung gandum
1 ikat daun kucai
1 sudu kecil kunyit
1 ulas bawang besar
1 sudu besar air kapur

Bahan untuk kuah:

2 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 mangkuk kacang tanah yang sudah di goreng.
1 senduk cili kisar
1 sudu kecil paste udang kering
3 sudu besar gula melaka
2 sudu kecil tepung jagung yang dicairkan
garam dan gula secukup rasa



Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk cucur:

Bancuh tepung dengan air hingga sebati.



Gaulkan bancuhan tepung bersama daun kucai (yg dipotong 1 inci), serbuk kunyit, bawang besar yg dihiris nipis, air kapur, udang, garam dan gula secukup rasa.

Panaskan minyak sehingga sederhana panas, kautkan aduanan sebanyak satu senduk penuh dan tuangkan ke dalam kuali.

Goreng dengan api sederhana kuat sehingga keperangan. Angkat, potong dan hidang bersama kuah kacang.



Cara-cara untuk kuah:

Cincang bahan bertanda *.

Panaskan 3 sudu besar minyak
Tumiskan bahan cincang hingga wangi.



Masukkan cili kisar dan udang kering, kacau hingga pecah minyak.

Masukkan satu cawan air dan kacang yang di kisar halus. Masak hingga mendidih
Masukkan gula, garam dan tepung jagung.

Masak sehingga mendidih mencapai kepekatan sederhana.



Resepi Che Nom

Resepi Kuih Ketayap Yang Lembut Gerenti Sedap


Sebaran :


Leave a Reply