Lagi kompaun RM50,000: ‘Ambillah kedai runcit ini, saya tak mampu bayar’



Sebaran :


Belum reda kisah peniaga burger dan seorang peniaga colek dikenakan kompaun RM50,000, seorang peniaga kedai runcit di Kota Bharu pula dikesan dikenakan tindakan sama atas alasan melanggar standard operasi piawai (SOP) Covid-19.

Mansah Marjurin, 47, yang mengusahakan Kedai Runcit Zaki Jaya di Jalan Cempaka sejak sembilan tahun lalu berkata dia terkejut apabila didatangi empat anggota polis jam 11.30 malam Ahad lalu.

Katanya, tanpa ada budi bicara dan siasatan lanjut, anggota polis berkenaan terus menulis kompaun dengan jumlah RM50,000 bagi kesalahan beroperasi melebihi had masa dan beredar.



“Kedai saya sudah tutup, saya ada bukti CCTV (bawah). Hanya lampu sahaja menyala kerana masih ada anak saudara saya di dalam untuk mengemas. Semua pagar utama sudah ditutup.

“Saya sangat terkejut apabila didatangi empat pegawai polis dan terus menyaman saya sebanyak RM50,000 dan terus beredar apabila siap menyaman tanpa budi bicara,” katanya ketika ditemui di kedainya.

Terdahulu, dilaporkan seorang peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir serta sepasang suami isteri yang berniaga colek, Mohd Azizi Mohd Nor dan Nik Norwati Nik Loh dikenakan kompaun dengan nilai RM50,000 atas alasan meniaga melebihi masa dihadkan dalam tempoh PKP. (0) (0)



Sementara itu, Mansah yang juga bapa kepada tiga orang anak yang masih kecil dan bersekolah menyatakan dia tidak mampu membayar saman sebanyak RM50,000 kerana masih banyak tunggakan hutang yang perlu diselesaikan.

Peniaga colek pula dikompaun RM50,000

“Ambillah kedai saya, memang saya tidak mampu untuk bayar RM50,000.

“Saya juga menanggung tunggakan rumah tujuh bulan sebanyak RM650 sebulan dan sebuah kereta yang ditarik oleh pihak bank,” jelasnya.



Tambahnya, disebabkan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan dia merancang untuk pergi ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk membuat rayuan.

“Saya akan pergi ke Pejabat Daerah untuk membuat rayuan hari ini.

“Saya berharap ada pihak yang boleh dan membantu saya dalam urusan ini kerana saya memang betul-betul buntu,” katanya.



Terdahulu, Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga iaitu Wan Mohd Faisal, Azizi dan Mansah.

Jelasnya, pihak polis akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga berkenaan. Mk

Jual burger depan rumah kena kompaun RM50,000, peniaga rayu ringan hukuman


Sebaran :


Leave a Reply