Hadi dimasukkan ke IJN



Sebaran :


Abdul Hadi dirawat di IJN atas nasihat doktor.

Presiden PAS sedang menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), atas nasihat doktor bagi tempoh beberapa hari.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang sedang menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), atas nasihat doktor bagi tempoh beberapa hari.



“Marilah kita berdoa agar YB Dato’ Seri Tuan Guru dikurniakan kesembuhan dan kesihatan untuk terus berkhidmat kepada ummah,” kata setiausaha politiknya Syahir Sulaiman pada hantaran di Facebook malam ini.

Pun begitu, tiada perincian lanjut mengenai status kesihatan presiden PAS itu.

Pada 16 Feb lalu, Abdul Hadi dikejarkan ke Hospital Putrajaya setelah mengalami sesak nafas.



Dia kemudian dipindahkan ke IJN kira-kira pada pukul 9.30 malam hari yang sama dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.

Setelah menerima rawatan di IJN, presiden PAS dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 19 Feb setelah pulih daripada masalah kesihatan berkaitan sesak nafas. Mk

Agihan kerusi dengan UMNO : Saya kata tangguh bukan henti – Hadi


Sebaran :


Leave a Reply