[VIDEO] Kan Dah Kena ….Gara-Gara Nak Try Masak Resipi Khairul Aming ..Gadis Ini Dah Kena Bebel Dek Ibunya 🤣🤣🤣
![[VIDEO] Kan Dah Kena ....Gara-Gara Nak Try Masak Resipi Khairul Aming ..Gadis Ini Dah Kena Bebel Dek Ibunya 🤣🤣🤣](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2021/04/chefKhairulAming-Masakan3.png)
Nama Khairul Aming sejak beberapa tahun ini cukup sinonim dengan bulan puasa. Manakan tidak bila tibanya bulan puasa mesti pemuda ini akan berkongsikan pelbagai resipi menarik dan ringkas untuk tatapan ramai. Selain dapat memberikan idea menu masakan, Khairul Aming juga menjadi ikutan ramai kerana resipinya yang mudah untuk dibuat.
Baru sahaja memasuki hari ke 8 Ramadan, sudah pelbagai resipi yang dikongsikan oleh anak muda ini. Dari resipi air, lauk dan bermacam lagi. Tambahan pula di bulan puasa, menonton video masakan dari Khairul Aming memang boleh buat rasa terliur dan mahu mencubanya.

VIDEO DIBAWAH:-
[videopress itu2b3Wg]Sama seperti gadis ini yang mahu cuba resipi Khairul Aming. Namun apa yang jadi membuatkan ramai terhibur apabila ibunya membebel kerana perlu keluar ke kedai untuk membeli bahan-bahan masakan.
Dalam rakaman yang dikongsikan oleh gadis ini kelihatan ibunya membebel kerana perlu keluar untuk membeli barang untuk masak menu yang dimuat naik oleh Khairul Aming. Kedengaran si ibu berkata seperti berikut:
Ini semua Khairul Aming punya pasai la. Hari tu nak buat ayaq soda, hujan-hujan pi beli la ayaq sirap…
Berikut adalah rakaman telatah ibu gara-gara anaknya nak cuba resipi Khairul Aming:

VIDEO DIBAWAH:-
[videopress w3j0ljTe]Perkongsian tersebut telah berjaya mencuri perhatian ramai. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen rakaman tersebut:
Ni baru Ramadan berapa dah kena beletiaq nak tunggu sampai hari ke 30 haa jenuh ibu nak beletiaq ape pula
 Benda lain tak dengaq sangat…Tiba tang ketum tu terus haaa..Anyway memang menghiburkan
Benda lain tak dengaq sangat…Tiba tang ketum tu terus haaa..Anyway memang menghiburkan
 Steady ibu u…Sempoi punya dok mai mami kita..Ketom pun dia haria habeh
Steady ibu u…Sempoi punya dok mai mami kita..Ketom pun dia haria habeh

 
				![Che Ta Titip Nasihat Kepada Ammar, Netizen Puji! [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/cache/thumbnails/2025/10/Kita-simpan-dulu-gambaq-pengantin-pompuan-😋-Ni-bakal-mak-mentua-nya-🤪.In-@ezuwanismail-Fabric-e1761795342879-750x468-1-390x220-c.webp)
![Afwa Bawa Motor Buatkan Peminat Teruja [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/cache/thumbnails/2025/10/Untitled-design-3-750x422-1-390x220-c.webp)
![“Berani Panggil I Mak Cik Ekk, Sabar Japp”- Anzalna Nasir [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/cache/thumbnails/2025/10/IMG_2066-750x514-1-390x220-c.webp)
![Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/cache/thumbnails/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175-750x422-1-390x220-c.webp)
You must be logged in to post a comment.