Wanita dakwa dapat perlindungan entiti halus

Carolina Selatan – Seorang wanita yang mengaku sebagai ahli psikik mendakwa dia dilindungi oleh sekumpulan entiti yang mendiami tapak lama Jel Daerah Chester, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Liz Smith-Anderson berkata sudah beberapa kali nyawanya diselamatkan oleh hantu di tapak jel lama yang kini dijadikan sebuah muzium.

Wanita yang turut mengendalikan Pusat Sejarah Daerah Chester itu berkata, dia terlibat dalam beberapa insiden berbahaya ketika menjalankan tugasan di tapak berkenaan namun sentiasa terselamat.



Liz Smith-Anderson

“Saya percaya hantu-hantu dari tapak lama jel yang membantu menyelamatkan nyawa saya apabila terjatuh ketika membawa barangan tajam.

“Saya terselamat tanpa sebarang kecederaan walaupun kotak berisi senjata tajam itu jatuh menimpa saya,” katanya.

Tambahnya, kejadian itu membuatkan dia sentiasa bersyukur kerana dilindungi oleh hantu dan percaya bahawa makhluk halus itu sememangnya wujud.

“Hantu itu adalah benar, mungkin kita tidak boleh melihat mereka tetapi mereka ada di sekeliling kita,” ujarnya. – Agensi




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Telefon bimbit dikembalikan kepada pemilik selepas setahun hilang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker